Berita baik buat semua mahasiswa-dan mahasiswi di seluruh negara, kerajaan Malaysia telahpun mendedahkan tarikh pemberian bantuan Kad Diskaun Siswa (KADS1M) bernilai RM250 kepada anda semua.

KADS1M
Bantuan sebanyak RM250 kepada mahasiwa

Wang sebanyak RM250 itu akan dikreditkan ke dalam akaun Bank Rakyat bermula Khamis depan (15 Mac 2018.)

Loading...

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi telahpun mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta khusus untuk bantuan KADS1M. Bantuan tersebut dijangka dapat memberi manfaat kepada 1.2 juta mahasiswa baik di IPTA mahupun IPTS.

KADS1M
Kredit foto : SAYS.com

Kepada pelajar yang sudah menerima KADS1M pada tahun sebelumnya, anda tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan kad baru kerana wang akan terus dikreditkan ke dalam akaun anda itu. Jika ada yang masih belum mendapat KADS1M anda, jangan risau kerana pihak Bank Rakyat akan membuka kaunter permohonan dalam masa terdekat.

BACA JUGA :   Kolej Dar al-Hikmah Tawarkan Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris & Arab Khas Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM

Untuk kali ini, para pelajar boleh mendapatkan kad tersebut di mana-mana sahaja cawangan Bank Rakyat. Tidak seperti tahun lepas di mana mereka hanya boleh mengambilnya di cawangan terpilih.

“Peruntukan sebanyak RM300 juta ini adalah selari dengan Bajet 2018 yang telah dibentangkan Perdana Menteri untuk mengurangkan bebanan pendidikan tinggi yang terpaksa ditanggung para mahasiswa kerana kos sara hidup yang semakin meningkat”, ujar Datuk Seri Idris Jusoh.

KADS1M
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh

Sekiranya ada sebarang kesulitan berkenaan KADS1M, sila rujuk Bank Rakyat untuk informasi lanjut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   33 Institusi Pengajian Swasta (IPTS) Ditutup Tahun Ini - Idris Jusoh

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here