Bila disebut makanan mahal, mesti akan terbayang makanan yang dibuat dengan bahan yang paling mahal dan susah untuk didapati. Mungkin digandingkan dengan barangan mahal seperti cawan emas atau wain mahal.
Tapi, macam mana kalau makanan super mahal cuma makanan biasa yang dimasak untuk tujuan tertentu. Mungkin sandwich dengan kari beserta stew dan ikan. Yang dimasak dengan kos sebanyak AS$2.8 juta (RM 10 juta)!
Jangan terkejut tapi itulah kos yang yang terpaksa dibayar untuk membawa makanan-makanan tersebut ke angkasa untuk angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Siapa pencipta makanan super mahal ini?
Heston Blumenthal, seorang cef yang terkenal dengan ciptaan makanan yang menggabungkan sains dan imaginasi gila merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan tugasan ini.
Dia turut bekerjasama dengan agensi angka lain seperti NASA dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) dalam membantu rproses penyelidikan dan menyediakan peralatan.
Makanan yang disediakan itu adalah untuk angkasawan England, Mejar tim Peake yang akan bekerja di ISS. Kalau anda biasa mengikuti dokumentari mengenai angkasawan, makanan mereka di angkasa bukanlah makanan yang sedap untuk dinikmati.
Disebabkan ini, Heston cuba untuk mengubah tradisi itu dengan menggiatkan satu usaha penyelidikan dan pembangunan untuk menjadikan makanan biasa mesra angkasa. Percubaan yang memakan masa 2 tahun ini bermula pada tahun 2014.
Menurut Heston, usaha penyediaan makanan ini bukan satu usaha yang mudah kerana terlampau banyak peraturan dan protocol yang terpaksa mereka oatuhi demi memastikan makanan tersebut tidak mendatangkan kesusahan kepada angkasawan.
Untuk mematuhi protokol tersebut, maka pelbagai eksperimen dibuat bagi memastikan makanan yang dihasilkan masih mempunyai kualiti yang sama tapi masih mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Antara hidangan yang diubah suai untuk dibawa ke ISS termasuklah sandwich bakon, stew, ikan panggang, dan kari thai. Kesemua makanan ini telah diubah suai dengan pelbagai kaedah masakan supaya ia memenuhi peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dibawa ke angkasa.
Heston sebeum itu mengatakan bahawa makanan untuk angkawan ini ‘bukan makanan yang sepatutnya’. Oleh itu, projek ini merupakan satu usaha untuk mengubah makanan angkasawan kepada yang lebih enak untuk dimakan.
Setelah makanan tersebut disiapkan, dipakejkan, dan dihantar ke ISS, Peake membuat satu panggilan video untuk menunjukan hidangan tersebut dimakan sambil di memakai baju tuksedo palsu.
Projek ini turut didokumentarikan dalam sebuah rancangan “Dinner in Space” yang memaparkan keseluruhan 2 tahun proses penyelidikan dan pembangunan yang diusahakan oleh Heston Blumenthal dan pasukannya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.