Mengembara dengan menggunakan kereta adalah sangat mudah dan menyenangkan sebenarnya. Kita tak perlu terlalu bergantung kepada pengangkutan awam. Ada juga negeri-negeri yang tidak mempunyai pengangkutan awam seperti di KL.
Tapi macam mana pula kalau anda tidak mempunyai sebarang kereta, hidup anda hanya bergantung kepada motosikal? Senang saja, sewa saja kereta dan Lafiy Car Rental ini boleh jadi antara pilihan utama anda.

Harga Mesra Ekonomi
Anda tak perlu risau mengenai harga yang ditawarkan. Bermula daripada RM100 per hari, anda boleh memilih apa saja kenderaan yang anda sukai untuk disewa. Lafiy Car Rental turut menwarkan pakej mengikut tempoh seperti pakej 3 hari dan pakej seminggu.
Antara kereta yang ditawarkan oleh Lafiy Car Rental adalah kereta Perodua Viva, Perodua Axia atau Myvi. Kereta ini sesuai bagi jumlah penumpang yang tidak ramai dan sesuai untuk perjalanan jauh.

Ramai ahli keluarga? Jangan risau. Kereta jenis MPV yang boleh memuatkan dari enam ke 12 orang penumpang juga ditawarkan oleh Lafiy Car. Antara jenis MPV yang ditawarkan ialah Perodua Alza, Toyota Avanza dan juga Toyota Estima.
Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana!
Lafiy Car Rental juga menawarkan kereta-kereta sewa model lain seperti Honda City, Toyota Vios, dan banyak lagi model mengikut kesesuaian dan bajet yang anda miliki.
Bagi pasangan mempelai yang idamkan sebuah perkahwinan yang nampak mewah dan elegan, Lafiy Car Rental turut menawarkan khidmat kereta sewa mewah seperti Toyota Alphard, BMW 5 Series, Toyota Vellfire dan Mercedes CLS350.

Bagi anda yang ingin kelihatan gah di sesebuah majlis berprestij atau di mesyuarat penting, anda bukan setakat kereta sahaja, anda juga boleh menyewa dengan pemandunya sekali!
Menariknya, perkhidmatan yang ditawarkan beroperasi selama 24 jam merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor seperti Ampang, Damansara, Cheras, Shah Alam, KLIA, dan Serdang.
Berminat? Pilihan kereta serta harga setiap kereta yang ditawarkan boleh dilihat di laman web Lafiy Car Rental atau hubungi talian 011-2558 2202 / 017-906 0024/ 03-4101 2290 / 03- 8999 6989. Anda juga boleh kunjungi pejabat urusan Lafiy Car Rental di cawangan:
HQ Lafiy Group
65-1, Jalan Melati Utama 4,
Taman Melati Utama,
53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Lafiy Car Rental Puncak Jalil
Jalan PUJ 3/9,
Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Facebook: Lafiy Car Rental