Kedai Rakyat 1Malaysia

Status program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kini ibarat telur di hujung tanduk, apabila kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menamatkan program berkenaan dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Menurut beliau, ada beberapa aspek yang akan diteliti sebelum keputusan akhir dibuat.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail

“Saya sudah terima maklumat dan taklimat mengenai KR1M dari pegawai kementerian dan pengusaha kedai rakyat ini,

“Apa yang saya boleh beri tahu hanya ada tiga keputusan itu iaitu sama ada menamatkannya, meneruskannya atau meneruskan dengan melakukan beberapa  pengubahsuaian,” kata beliau.

Sekiranya program tersebut mahu diteruskan, maka pihak KPDNHEP akan mengutarakan beberapa idea bagi memastikan ianya mampu kekal dan terus berkembang maju. Antaranya termasuklah melakukan penjenamaan semula bagi menambah baik perjalanan operasi kedai rakyat tersebut.

BACA JUGA :   Kartel Daging : Skandal Daging Haram

Kedai Rakyat 1Malaysia

Sebelum ini telah wujud 185 premis perniagaan KR1M di seluruh negara, malangnya model itu tidak bertahan lalu kerajaan terdahulu menamatkannya.

Pada Februari lepas, KR1M distruktur semula sebagai KR1M 2.0 yang mana model itu disifatkan lebih terbuka, berdaya saing selain memberi peluang lebih ramai peniaga runcit menyertai kedai rakyat berkenaan. Buat masa sekarang, ada  52 premis Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 yang sedang diusahakan.

Bagaimanapun, apa jua keputusan yang bakal diputuskan KPDNHEP nanti adalah berdasarkan tujuan asal kedai itu diwujudkan iaitu memastikan harga barangan mestilah rendah dan munasabah.

Kedai Rakyat 1Malaysia

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Anda Boleh Beli 100 Jenis Barangan Dapur Dengan Harga Lebih Murah Di Pasar Raya Ini

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here