Arena politik dan akademik tanah air telah mengalami sebuah kehilangan yang besar dengan pemergian Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Baharuddin pada malam semalam di Kajang.

Perjuangan Allahyarham Prof. Shaharuddin nampaknya berhenti di sini kerana beliau telah dijemput Ilahi setelah sekian lama bertarung dengan penyakit yang dihidapinya iaitu kanser usus. Tidak disangka, beliau bukan sahaja berjuang untuk rakyat, malah dengan dirinya sendiri.

politik

YB Prof Shaharuddin telah meninggal dunia lewat petang semalam di Kajang. (Sumber gambar: Astro Awani)Kehilangan beliau telah disahkan oleh anak Allayarham sendiri, Atiqah Baharuddin. Jenazah Allahyarham Shaharuddin dibawa pulang ke kediamannya di Desa Pinggiran Putra, Kajang pada selepas Maghrib semalam.

Allahyarham dikatakan menderita tenat akibat penyakit kanser sejak hujung Julai lepas apabila beliau becuti rehat untuk menerima rawatan.

BACA JUGA :   Lembah Klang Adalah Penyumbang Terbesar Kepada 2234 Kes COVID-19 Di Malaysia Semalam

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adibah Ahmad, 57, dan enam anak iaitu Mohd Syazwanuddin, 30; Atiqah Syairah, 29; Atiah Nadzrah, 28; Muhammad Saifuddin, 25; Muhammad Salahuddin,23 dan Ainun Syafiqah,18 serta seorang cucu lelaki berusia dua tahun.

Beberapa orang pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menziarahi jenazah Allahyarham Shaharuddin Baharuddin (Sumber gambar: Berita Harian)

Allahyarham ketika masa hidupnya merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan serta turut menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas, Allahyarham bertanding di kerusi DUN Seri Setia N32 dn berjaya memenagi kerusi tersebut dengan majority lebih 9,000 undi menentang calon-calon yang lain.

Bukan sahaja aktif dalam kancah politik sebagai orang penting PKR, namun Allahyarham juga merupakan antara ahli akademik yang cukup disegani kerana buah ilmu yang Allahyarham usahakan.

BACA JUGA :   Kerajaan Selangor Peruntukkan RM551.56 Juta Bagi Pakej Kita Selangor 2.0
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Raudhatul Jannah Khariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, (Sumber gambar: Sinar Harian)

Sebagai seorang tokoh dalam bidang sains politik yang cukup besar jasanya, beliau dilantik sebagai Naib Canselor UNISEL. Sumbangan beliau sebagai pensyarah di UiTM selama lebih 20 tahun juga sesuatu yang amat bermakna untuk dunia akademik negara.

Kehilangan Besar Buat Negeri Selangor

Meski pun sudah tiada lagi, segala jasa dan perjuangan Allahyarham tetap akan dikenang dan dihargai. Usaha beliau dalam mengiatkan reformasi dalam PKR juga tetap akan dikenang di samping usaha lain memajukan kawasan yang Allahyarham duduki kini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pagi tadi di Taman Raudhatul Jannah Khariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here