Jarang kita melihat solekan wanita yang kekal dan tiada perubahan dari pagi hingga ke malam.

Semua wanita akan menghadapi masalah ini, iaitu menjelang tengah hari, solekan di muka mereka pasti berubah dan lebih parah lagi apabila orang di sekeliling anda menegur anda atas perubahan tersebut.

Khas untuk wanita di luar sana, kini kami memiliki beberapa tips touch up solekan yang mudah agar wajah anda kelihatan menarik dan segar sepanjang hari.

#1. Lap kawasan berminyak dengan tisu muka

solekan

Sesetengah orang memiliki kulit yang berminyak dan kehadiran minyak tersebut boleh membuatkan wajah anda bercapuk dan tidak menarik.

Pastikan anda mengelap kawasan yang berminyak dengan tisu muka. Antara kawasan yang sering berminyak adalah dahi, hidung dan juga dagu.

Ingat, jangan sesekali touch up wajah anda tanpa mengelap kawasan yang berminyak terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Tips Solekan Muka Agar Nampak Segar Sepanjang hari

#2. Layangkan bedak alas

solekan

Anda digalakkan melayangkan bedak alas pada wajah anda untuk membuatkan wajah anda kelihatan segar.

Layangan bedak yang nipis sahaja sudah mencukupi kerana ianya akan memberikan suntikan semulajadi terhadap wajah anda.

#3. Sapukan concealer di bawah mata

solekan

Lingkaran gelap di bawah mata sememangnya mencacatkan wajah seseorang.

Sapuan bedak tidak dapat membantu menyembunyikan lingkaran gelap di bawah mata anda dengan baik.

Oleh yang demikian, sapukan concealer di bawah mata anda untuk menutup lingkaran gelap tersebut.

#4. Layangkan pemerah pipi (jika perlu)

solekan

Jika perlu, cuba layangkan sedikit pemerah pipi pada wajah anda.

Pemerah pipi mampu menaikkan seri muka dan seterusnya menampakkan tulang pipi anda.

Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan shading pada wajah anda.

#5. Memakai eye liner

solekan

Eye liner dapat menyerlahkan mata anda serta boleh membesarkan mata yang agak kecil.

BACA JUGA :   Tips Solekan Muka Agar Nampak Segar Sepanjang hari

Selepas waktu tengah hari, adalah normal bagi anda untuk berasa mengantuk ataupun penat, tambah-tambah lagi bagi golongan yang bekerja.

Dengan kehadiran lapisan eye liner yang baru, ianya boleh menampakkan mata anda menjadi segar dan memukau.

#6. Oleskan gincu

solekan

Untuk mengelakkan bibir anda menjadi pucat, oleskan sedikit gincu pada bibir anda. Gincu pada bibir boleh menaikkan seri wajah anda.

Sebelum memakai gincu, anda juga digalakkan memakai lip liner agar calitan gincu kelihatan lebih kemas dan tahan lama.

Semoga tips di atas mampu menjadi panduan anda untuk touch up solekan di wajah agar wajah anda kelihatan menarik dan segar sepanjang hari.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here