cantik

Tidak dinafikan bagi sesetengah wanita amat mementingkan solekan atau ‘touch up’ untuk kelihatan cantik dan tampil berkeyakinan sewaktu melakukan tugasan harian.

Loading...

Namun, kesibukkan dengan aktiviti harian, wanita perlu kelihatan segar sepanjang hari dengan mengenakan sedikit solekan yang bersesuaian.

cantik

Rutin harian wanita bermula diawal pagi hingga lewat petang atau sehingga selesai. Bila menjelang tengah hari, pastinya kulit muka akan berminyak dan solekan pun akan mula pudar. Sesetengah wanita yang amat mementingkan penampilan yang menarik, akan berasa tidak selesa dan kurang berkeyakinan.

cantik

Mari kami kongsikan beberapa tips untuk menyelesaikan masalah anda. Sebenarnya tidak susah untuk menjaga kulit muka anda, anda hanya perlu ‘quick touch-up’ untuk kembalikan kesegaran dan kecantikkan solekan wajah anda.

Antara tips yang boleh diamalkan untuk wajah anda kelihatan segar sepanjang hari

  • Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, lap bahagian kulit wajah yang kelihatan berminyak dengan tisu atau tisu khas untuk menghilangkan minyak pada wajah.
BACA JUGA :   Berita Baik Kepada Anda! Rawatan Penyakit Gout Yang Paling Berkesan

 

  • Padam saki-baki rona gincu pada bibir, jadi anda boleh mula oles kembali rona gincu selepas selesai touch-up.

 

  • Setelah minyak berlebihan pada kulit anda telah menyerap dengan sepenuhnya, gunakan span yang bersih untuk menyapu keluar bedak asas serta pembayang pipi agar tampak lebih sekata.

 

  • Tambah sedikit concealer di bawah mata jika anda mempunyai masalah lingkaran gelap. jika lapisan bedak asas atau concealer anda telah pudar, tambah semula dan sapu rata pada bahagian cela tersebut. kemudian layangkan sedikit bedak translucent untuk mencipta asas solekan yang ‘matte’.

 

  • Layangkan sedikit pembayang pipi jika perlu.

 

  • ‘Touch-up’ penggaris mata dengan pembayang mata.

 

  • Jika pembayang mata anda kelihatan semakin berminyak, blot bahagian kulit tersebut dengan tisu dan gunakan berus solekan untuk memberikan efek sekata kembali.
BACA JUGA :   Petua Merawat Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi

 

  • Tambah rona pembayang mata yang sama pada kelopok mata agar ia tampak seimbang pada kedua-dua bahagian.

 

  • Akhir sekali calitkan gincu. Jika gincu masih elok di bibir, hanya perlu calitkan sedikit glos bibir untuk menampakkan bibir lembap dan sihat.

cantik

Pada wanita diluar sana, jika anda mahukan kulit muka yang segar cantik setiap masa, amalkan tips ini. Sifat rajin dan sabar akan menolong anda. Selamat mencuba!!!

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Tips Kesehatan Dan Kecantikan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here