Seorang lelaki telah membunuh teman wanitanya dan mengambil keputusan untuk menyerah diri dengan membawa bersama mayat teman wanita yang disyaki dibunuhnya di Balai Polis Damansara di sini, pada 3 petang tadi.

Insiden ini berlaku di Balai Polis Petaling Jaya selepas seorang lelaki didapati menikam kekasihnya di tempat parkir sebuah pusat beli belah di Kota Damansara sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Loading...

Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, lelaki berusia 37 tahun itu datang ke balai polis bersama mayat teman wanitanya di dalam kereta jenis Honda City yang dipandu suspek.

Dia telah masuk ke ruang pejabat kaunter aduan kita dan memaklumkan dia telah membunuh teman wanitanya.

Anggota polis bertugas telah buat pemeriksaan dan memang ada mayat seorang wanita dalam kereta tersebut dan lelaki tersebut serta merta ditahan.

BACA JUGA :   PPIM Dapati 9 'Dragon' Ini Adalah Dalang Kepada Kegiatan Jenayah Di Malaysia

Polis

Mayat mangsa masih lengkap berpakaian berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan dengan kesan tikaman pada leher.

Siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun yang juga merupakan rakan sekerja suspek dibunuh menggunakan sejenis senjata tajam yang ditemui dalam kereta tersebut.

Motif kejadian masih disiasat, namun dipercayai ada kaitan dengan hubungan cinta antara mereka berdua.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Abang Tiri Patah Hati, Bunuh & Potong Telinga Kekasih Adik Tiri

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here