Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadi universiti pertama di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas elektrik di dalam kawasan kampus. Tujuan utama penggunaannya adalah untuk menjaga alam sekitar, meminimumkan pelepasan gas karbon dioksida dan mengurangkan kesan bunyi.

Bas Elektrik

Loading...

Ketua Gerak Kerja Bas Elektrik UTM, Professor Dr Abd Latif Saleh berkata, bas itu adalah hasil usahasama antara UTM, CMS Consortium Ecotour Sdn Bhd (COMOS), Mara Liner Sdn Bhd (Maraliner) dan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto) selaku pengedar eksklusif bas elektrik di Asia Tenggara.

Menurutnya, projek itu adalah perintis bagi tujuan latihan dan penyelidikan ke arah teknologi kenderaan elektrik, sekali gus menjadikan kampus rendah karbon.

Bas Elektrik

Ini adalah bas elektrik pertama yang digunakan di universiti di Malaysia dan mempunyai stesen pengecasan terpantas di negara ini.

“Kita bercadang menukar semua 15 bas diesel yang menjadi pengangkutan utama mahasiswa ke fakulti kepada bas elektrik secara berperingkat dan menyasarkan pada 2020 semua bas diesel ditukar sepenuhnya.”

“Namun, ia bergantung kepada keberkesanan bas tersebut dalam fasa percubaan selama dua bulan ini di mana kita akan melihat kedudukan bas ini dari sudut bentuk jalan kerana UTM mempunyai jalan berbukit dan tidak semuanya jalan lurus,” katanya.”

Tambahnya lagi, antara kelebihan menggunakan bas elektrik ialah 100 peratus mesra alam sekitar dan sifar pencemaran selain menjimatkan kos diesel sehingga 60 peratus.

Bas tersebut menggunakan bateri cas pantas yang hanya mengambil masa 20 minit untuk dicas dan boleh bertahan sejauh 88 kilometer perjalanan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Metro

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here