Adakah anda pernah mendengar tentang majikan yang sangat pemurah? Nampaknya majikan di China telah memberikan bonus kepada pekerja dengan cara yang terbaru dan sangat memuaskan!

Pada awal tahun ini, syarikat WeChat telah memberikan iPhone X kepada setiap satu dari 2,000 pekerja.

Majikan

Di China, terdapat seorang majikan yang memberikan bonus berjumlah 160 juta yuan iaitu sebanyak RM 99.19 juta kepada pekerjanya. Syarikat yang dikatakan ini merupakan Syarikat Fangda Special Steel Technology.

Wah, pemurahnya majikan di syarikat ini! Saya rasa banyak sangat bonus yang diberikan kepada pekerjanya dan syarikat ini memberikan bonus secara tunai.

MajikanDikatakan, pemberian bonus itu membabitkan seramai 5,000 pekerja dengan masing-masing menerima bonus 32,000 yuan (RM19,840) sementara pekerja yang bersara dan berusia lebih 60 tahun menerima wang tunai 3,000 yuan (RM1,859).

Rupa-rupanya firma pembuatan besi itu bukan pertama kali membuat kejutan dengan memberikan bonus tinggi kepada pekerjanya.

Sebelum ini, sebuah lagi anak syarikat itu turut tular di internet selepas memberi bonus kepada pekerjanya secara tunai.

Majikan

Pada tahun lalu, bonus diberikan selepas pengeluaran dan keuntungan syarikat itu mencecah tahap tertinggi.

Setakat ini, syarikat itu telah memberikan bonus kepada pekerjanya berjumlah 600 juta yuan (RM372 juta) sejak 2011.

Harga besi yang melambung tinggi tahun lalu menyebabkan syarikat besi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here