Autisme
gambar hiasan

Kesukaran berkomunikasi dan memahami oleh golongan autisme adalah faktor mereka sukar mendapat tempat dalam sektor pekerjaan. Tapi tidak sewajarnya kita secara terus mengetepikan mereka disebabkan hanya bergantung kepada keluarga sahaja.

Autisme
sumber foto : awani

Oleh kerana kurangnya kemampuan golongan seperti ini tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan. Sekurang-kurangnya kita cuba bantu mereka memiliki pekerjaan untuk mengaut sedikit keuntungan.

Loading...

Terdapat beberapa kerja yang dilihat mampu dilakukan oleh golongan ini antaranya adalah;

#1. Melakukan pembungkusan

Autisme
gambar hiasan

Perlu diketahui bahawa spektrum autisme adalah sangat luas dan sangat berpotensi. Uniknya mereka ini yang mana kemampuan mendengar arahan begitu teliti dan bersistem untuk menyerap masuk sesuatu arahan diterima. Kerja pembungkusan dilihat sesuai bagi mereka kerana ia mudah dilakukan secara berulang kali.

#2. Pekerjaan Dobi

Autisme

Kerja-kerja dobi begitu mudah, memasukkan kain ke dalam mesin dan menggunakan fungsi dengan sebaiknya. Golongan ini mempunyai keupayaan untuk membezakan antara warna, jenis dan fabrik kain. Memahami penggunaan mesin basuh juga mudah mereka fahami dengan kemudahan butang mesin yang hanya perlu ditekan.

BACA JUGA :   Daniel Hakimi, Murid Autisme Yang Mempunyai Bakat Luar Biasa Sebagai Penjaga Gol

#3. Bekerja di kafeteria

Jom lihat Mohd Adli Yahya, 45, telah menubuhkan Autism Cafe Project yang memperlihatkan sokongan beliau kepada golongan autisme mempunyai pekerjaan seperti insan lain khususnya kepada anaknya yang juga merupakan pengidap autisme. Melihat peluang pekerjaan kurang bagi golongan seperti ini, beliau mencari inisiatif untuk membolehkan mereka berdikari di masa akan datang.

Autisme
sumber foto : awani

“Sekiranya mereka dilihat cenderung untuk bermain air, maka akan ditempatkan di bahagian tugas membasuh pinggan. Jika suka bercakap, maka akan ditempatkan di bahagian khidmat pelanggan,” kata Mohd Adli kepada Astro Awani.

#4. Pengurusan rumah

Kerja-kerja di dalam rumah boleh dilakukan oleh mereka (autisme) tetapi perlu diberi tunjuk ajar seperti mencuci lantai, mengelap meja, kemas kain dan susun barang. Bila mereka sudah terbiasa mempraktikkan kerja-kerja di rumah, ini akan membuka peluang kepada mereka untuk berkerja dalam sektor perhotelan kelak.

BACA JUGA :   Daniel Hakimi, Murid Autisme Yang Mempunyai Bakat Luar Biasa Sebagai Penjaga Gol
Autisme
gambar hiasan

Menurut Sharifah, pengidap autisme ini adalah seorang yang sangat tinggi fokus dan sangat mustahil untuk mereka melakukan penipuan atau ‘culas’ ketika berkerja.

“Tiga tahap yang boleh dilihat untuk mengkategorikan golongan autisme iaitu sangat ringan (mild), sederhana (moderate) dan parah (severe). Untuk melatih autisme juga bergantung kepada kebolehan dan emosi mereka.”

Rumah penjagaan harus diwujudkan dan cuba jadikan tempat itu sebagai curahan ilmu kepada autisme agar mereka juga boleh berdikari, seterusnya menyumbangkan tenaga dalam masyarakat dengan ilmu yang diperolehi,” ujar beliau.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here