Terbaru, Festival Georgetown nampaknya memberi ruang kepada golongan ini untuk terus bertapak.

Kepada golongan LGBT yang memperjuangkan hak atas nama penindasan, agak menyedihkan kerana mereka yang terjebak kebanyakannya masih belum buka mata atas jalanan yang dipilih.

Festival Georgetown

Dimanakah rasa sensitiviti penganjur? Bukankah penduduk Malaysia secara majoritinya terdiri daripada mereka yang beragama Islam?

Apabila diberi pendekatan lembut, dianggap penyampaian dan langkah pemulihan yang lemah dan sebaliknya jika digesa secara keras golongan yang bertanggungjawab akan digelar sebagai penindas.

Festival Georgetown

Ruang yang diberi oleh pihak penganjur sedikit sebanyak memberikan kesan yang mendalam terhadap umat Islam di Malaysia.

Jika pihak aktivis hendak bermain dengan hukum undang-undang, seharusnya mereka kembali mengkaji semula apa yang pernah dipelajari  dari subjek sejarah yang sewaktu di bangku sekolah terlebih dahulu.

Festival Georgetown

Terang lagi bersuluh telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan telah bahawa agama Islam adalah agama rasmi agi negara Malaysia.

Bagi mereka yang mempersoalkan kedudukan LGBT dalam negara ini, telah jelas di dalam Al-Quran tentang kisah kaum Luth yang dilaknat.

Mereka yang beragama Islam seharusnya berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran, bukan memutar belitkan lagi fakta yang sememangnya benar.

Festival Georgetown

Apa sebenarnya erti kebebasan sekiranya ‘kebebasan’ yang diimpikan jika kebanyakannya berlandaskan nafsu dan kesilapan semata-mata?

Jika hendak diungkit soal hak, bagaimana pula kes seorang LGBT yang memasuki tandas perempuan dan juga surau perempuan? Bukankah itu suatu pencerobohan hak buat kaum wanita yang dicabuli dari segi aurat dan haknya?

Festival Georgetown

Isu LGBT ini seharusnya menemui satu garis jawapan yang adil dan tegas berlandaskan undang-undang dan syariah.

Kita sebagai manusia perlu bersikap sensitif kerana bukan semua kebebasa itu membawa kepada kebenaran dan bukan semua yang dibenarkan itu adalah suatu jalan yang betul.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here