Selepas ini, anda tak perlu lagi nak menunggu hingga jam 8 malam untuk tengok Buletin Utama atau berita-berita lain. Kerana semuanya akan dimuatkan secara digital dalam saluran khas Media Prima di portal Youtube.

Media Prima Berhad (MPB) telah bembuat kerjasama dengan penyedia portal video terbesar dunia, Youtube. Melalui kerjasama ini, segala kandungan oleh stesen televisyen MPB akan disiarkan di Youtube melalui saluran khas.

Media Prima Berhad terus ke depan dalam menyampaikan kandungan media terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia (Sumber gambar: Marketing Magazine)

Usaha ini merupakan salah satu usaha MPB untuk meningkatkan lagi capaian kandungan medianya melalui perkhidmatan Player for Publishers. Selepas ini, mana-mana rancangan yang diterbitkan oleh MPB boleh ditonton dalam saluran ini.

Kerjasama sebegini dibuat bagi memastikan MPB terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia kandungan media terus unggul. Jikalau dilihat trend kini, media digital lebih mendapat sambutan.

BACA JUGA :   YouTube Kids Mudahkan Ibu Bapa Pantau Kelakuan Anak-Anak Di Internet

Kurangkan Kos Penyiaran dan Raih Lebih Banyak Pendapatan.

Penyiaran di lama YouTube juga boleh mengurangkan kos penyiaran dengan kandungan yang dipaparkan di saluran milik MPB. Oleh itu, penonton boleh mengakses ke kandungan yang dimuat naik melalui pelbagai peranti.

Pengrah urusan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Kamal Khalid bersama Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan Pasaran Baharu Muncul, Sajith Sivanandan (Sumber gambar: NST)

Penyiaran di saluran Youtube juga membolehkan MPB meraih lebih pendapatan melalui pengiklanan berprogramatik.

MPB turut memiliki portal digital sendiri iaitu Tonton.my. namun ia berbeza kerana Tonton menawarkan kandungan eksklusif yang dibayar oleh pelanggan seperti drama dan telefilem.

Lepas ni, tak perlu duduk depan TV semata-mata nak tengok TV3. Kat telefon pintar pun dan boleh akses. (Sumber gambar: Amanz)

Inovasi sebegini diharapkan mampu menambahkan pendapatan MPB serta sentiasa ke depan dengan pelbagai inovasi terbaharu supaya penonton tidak sentiasa terlepas kandungan yang dibawakan.

MPB turut mengambil alih saham Rev Asia untuk mengenengahkan kandungan interaktif yang lebih baik kepada pengguna internet. (Sumber gambar: TechEng)

MPB sebelum ini telah mengambil alih sebuah syarikat media, Rev Asia bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam menyampaikan kandungan. Kandungan media yang pelbagai dengan perkembangan teknologi media sosial yang makin berkembang dillihat MPB sebagai satu bentuk pelaburan yang baik.

BACA JUGA :   4 Trend Marketing Online Yang Perlu Anda Tahu Untuk Memajukan Bisnes

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here