Para ibu bapa kini boleh memilih jenis video yang bakal ditonton anak-anak kecil mereka di internet, menerusi aplikasi khas dan mesra kanak-kanak iaitu YouTube Kids yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

 

Loading...

Platform perkongsian video itu memberitahu bahawa 3 fungsi terbaru akan diperkenalkan bagi memberikan ibu bapa lebih ‘kuasa’ terhadap apa yang ditonton kanak-kanak di internet.

Antara 3 fungsi tersebut adalah :

#1. Ibu bapa boleh memilih video yang bakal ditonton oleh anak-anak

Ibu bapa berkuasa sepenuhnya ke atas video yang boleh ditonton dan yang tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak di platform itu.

YouTube Kids
Tetapan yang boleh dipilih oleh ibu bapa.

#2. Penambahbaikan kawalan carian

Buat masa sekarang, kanak-kanak masih bebas mencari sebarang video yang diingini di YouTube. Menerusi YouTube Kids, ibu bapa boleh mematikan fungsi carian di mana kanak-kanak tidak boleh mencari video baru selain yang telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka sahaja.

BACA JUGA :   Sajat Tak Kisah Video Banyak 'Dislikes', Yang Penting Adalah Publisiti

#3. YouTube Kids akan memaparkan koleksi saluran yang sah

Antara koleksi saluran itu termasuklah saluran senireka, sukan, muzik dan banyak lagi.

Untuk menetapkan tetapan itu mudah sahaja, ibu bapa hanya perlu memilihnya daripada koleksi yang disediakan di tetapan profile aplikasi.

Pastinya aplikasi ini dapat melegakan ibu bapa, yang sering menghadapai kesukaran dalam memantau tingkah laku anak-anak mereka di internet. Tambahan pula, kanak-kanak Gen Z masa kini sangat celik dengan internet dan kebarangkalian untuk mereka menonton video yang tidak sepatutnya adalah sangat tinggi.

YouTube Kids
Contoh paparan hadapan YouTube Kids.

Baru-baru ini, berlakunya satu kes yang tular di Malaysia apabila seorang kanak-kanak lingkungan 5 tahun sudah pandai menggunakan telefon bimbit ibunya untuk menonton video lucah.

BACA JUGA :   4 Trend Marketing Online Yang Perlu Anda Tahu Untuk Memajukan Bisnes

Diharapkan kes tersebut tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here