Sebelum memulakan percutian pasti ramai yang melakukan pencarian tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi supaya percutian itu meninggalkan banyak kenangan dan juga pengalaman indah. Tapi, untuk sampai ke semua tempat anda memerlukan sekurang-kurangnya sebiji kereta untuk bergerak dengan lebih cepat, mudah dan pantas, yang mempunyai lesen.

 

Jika anda mempunyai lesen itu masih tidak mencukupi, eh kenapa pula? Sebab anda juga perlu mengetahui prosedur atau tips cara menyewa kenderaan di negara asing. Baiklah, untuk kali ini jom kita hadam sama-sama tips berguna ni jika anda berada di negara Jepun nanti.

#1. Buat Pilihan Syarikat Kereta Sewa

Sebelum jejak kaki di negara Jepun tu pastikan anda tahu syarikat mana yang perlu anda berurusan dan kereta jenis apa yang anda inginkan. Kalau perkara ni ditangani lebih awal, pasti percutian anda akan berjalan dengan lancar.

jepun
sumber foto : Lieza Homestay JB – gambar hiasan

Untuk negara Jepun, syarikat kereta sewa kebanyakkan berada di sekitar lapangan terbang. Apabila anda sudah mengenalpasti syarikat mana dan kereta jenis apa yang sesuai, terus buat tempahan secara online di laman tersedia.

#2. Tentukan Berapa Hari Anda Memerlukan Kereta Sewa

Perkara ini sering menjadi satu kesulitan apabila percutian anda tidak dirancang dengan lebih teratur, anda tidak yakin untuk menetapkannya. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya membuat perbincangan dengan rombongan percutian ataupun mereka yang mempunyai pengalaman bercuti di sana.

Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pemulangan semula kereta yang disewa itu. Di Jepun, beberapa syarikat kereta sewa ada menyediakan lokasi pemulangan kereta di pelbagai cawangan yang lain.

jepun
sumber foto : 123rf.com

Sebagai contoh, hari terakhir anda berada di sana dan anda bertolak dari pusat pelancongan ataupun lokasi terakhir anda kunjungi menuju ke lapangan terbang, anda boleh memulangkan kereta sewa itu di cawangan berhampiran dengan lapangan trerbang, kemudian meneruskan penerbangan pulang ke tanah air.

#3. Lain-lain Pilihan Yang Ditawarkan

Tawaran lain yang tersedia biasanya adalah insurans kereta sewa tersebut. Kemalangan adalah suatu kejadian tidak dijangka dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Oleh itu, disarankan supaya anda membeli insurans kereta sewa tersebut.

Untuk menyelamatkan anda daripada bebanan pembayaran dalam amaun besar, pastikan insurans dibeli sekali ketika dealing process tu.

jepun
gambar hiasan

Selain itu, pastikan ada tempat duduk khas untuk kanak-kanak sekiranya bersama mereka. Selok-belok di negara juga mungkin menyukarkan anda, jadi pastikan alat navigasi digunakan untuk membantu perjalanan anda lebih lancar.

#4. Buat Pemeriksaan Sebelum Menggunakannya

Perkara utama iaitu membuat pemeriksaan keseluruhan kenderaan dan sekiranya terdapat kerosakan segera memaklumkan kepada pihak syarikat berkenaan.

jepun
sumber foto : Sabah Transportation – gambar hiasan

Bukan itu sahaja, jika terdapat persoalan tentang cara pemanduan pastikan juga anda terus bertanya dan meminta mereka tunjukkan cara-cara pengunaannya.

#5. Prosedur Ketika Memulangkan Kenderaan

Ketika memulangkan kenderaan wajib kenderaan itu berada dalam keadaan baik seperti sediakala. Tapi ada satu perkara yang perlu anda tahu, iaitu minyak kenderaan dalam keadaan penuh.

Selepas memulangkannya juga anda dinasihatkan supaya untuk menyimpan resit pembelian, kerana ia mungkin diperlukan bagi tujuan pemerikasaan stesen minyak manakah yang telah digunakan.

sumber foto : Business

Langkah terakhir, buat pemeriksaan bersama-sama pihak syarikat terbabit. Sekiranya tiada berlaku kerosakan maka urusan anda telahpun selesai dan ucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang ditawarkan.

Sumber : Live Japan

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here