Bekas pemain Arsenal, Patrick Vieira menjelaskan bahawa dirinya sudah bersedia untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus The Gunners menggantikan Arsene Wenger yang bakal meletakkan jawatan selepas tamat saingan liga musim ini.

 

Vieira kini merupakan pengurus kepada New York City FC di Major League Soccer US sejak 2016. Beliau sudah lama mengimpikan untuk menjadi pengurus kepada kelab-kelab besar di Eropah. Walaubagaimanapun, bekas pemain antarabangsa Perancis itu tidak mahu tergesa-gesa dan yakin peluang buatnya akan tiba.

Vieira arsenal
Patrick Vieira adalah pemain tengah kegemaran Arsene Wenger ketika zamannya di kelab itu.

Arsene Wenger telah memenangi 3 kejuaraan liga dan 7 Piala FA sepanjang 22 tahun mengendalikan kelab yang berpangkalan di utara London itu.  Vieira juga sempat merasai pengalaman bermain di bawah bimbingan Arsene Wenger hampir 10 tahun sebelum berpindah ke Juventus.

Arsene Wenger kini seolah-olah sudah tidak mendapat kepercayaan daripada para peminat setelah Arsenal gagal menamatkan saingan liga di tangga empat teratas. Bukan itu sahaja, skuad The Gunners mempamerkan aksi yang cukup longlai setiap kali bermain di gelanggang lawan sepanjang musim ini.

Vieira arsenal
Skuad The Gunners mempamerkan aksi yang begitu mengecewakan sepanjang musim 2017/2018, terutamanya di gelanggang lawan.

Gagal menamatkan saingan di tangga empat teratas bermakna Arsenal tidak berpeluang untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah secara automatik. Satu-satunya peluang untuk kembali bermain di saingan paling berprestij di Eropah itu adalah dengan memenangi Europa Cup musim ini.

Arsenal bakal menentang Atletico Madrid dalam saingan separuh akhir Europa Cup pada Khamis ini. Pastinya memenangi Europa adalah adalah cara terbaik bagi Arsene Wenger mengucapkan selamat tinggal kepada legasinya di Arsenal.

Vieira arsenal
Menjuarai Europa League adalah satu-satunya cara untuk Arsene Wenger menyelamatkan musim Arsenal kali ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here