Pasukan Juventus yang berada di tangga teratas berjaya mempertahankan kedudukan apabila menewaskan Sampdoria 3-0 di Stadium Allianz. Kemenangan itu memberikan pasukan itu kelebihan enam mata di hadapan.

 

Douglas Costa dimasukkan pada minit ke-43, menggantikan Miralem Pjanic. Sejurus beliau memasuki padang hanya memerlukan dua minit sahaja untuk memberi impak apabila hantaran lintangnya berjaya disudahkan oleh Mario Mandzukic sebelum babak pertama itu ditamatkan.

juventus
sumber foto : gilabola.com

Juventus sudah mempunyai satu gol dalam genggaman pada babak pertama. Memasuki babak kedua pula, giliran Benedikt Howedes menghadiahkan gol buat pasukan selepas berjaya menewaskan penjaga gol pihak lawan pada minit ke-60.

Selepas itu, satu larian solo dilakukan oleh Costa yang mana membuka peluang kepada Khedira untuk meletakkan pasukan itu kekal berada di hadapan, sekaligus menguasai pentas perlawanan sejak awal sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil.

juventus
sumber foto : juventus.com

Memiliki tiga jaringan setelah menguasai perlawanan membuatkan pasukan Juventus berasa lebih selesa, sementara pasukan di tempat kedua liga, Napoli hanya mendapat satu mata apabila diikat seri dengan pasukan AC Milan.

Kemenangan dimiliki membantu kelab Juventus terus berada di zon selesa dengan perbezaan enam mata berbanding pasukan di tempat kedua iaitu Napoli.

Jaringan Juventus cukup memadai untuk membuat mereka memiliki kemenangan sebanyak 27 kali pada musim ini. Malah pasukan itu juga berjaya mengekalkan rekod kemenangan 10 kali tanpa kekalahan di laman sendiri.

Douglas Costa juga sedang dalam usaha keras untuk mencongak nasib supaya disenaraikan dalam skuad Brazil menjelang Piala Dunia 2018 di Moskow, Rusia, pada Jun nanti.

Sekiranya berjaya menampilkan gaya permainan yang agak baik, mungkin beliau mempunyai tiket untuk bermain di atas padang sempena Piala Dunia 2018 yang menjadi tumpuan mata seuruh dunia.

Sumber : Astro Awani

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here