Sebuah kelab bola sepak di Amerika Syarikat, Sporting Kansas City mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani pemain yang digelar sebagai Messi Amerika, Wan Kuzain Wan Kamal dengan kontrak sebagai pemain profesional.

Wan Kuzain yang juga merupakan produk daripada Akademi Bola Sepak Sporting KC, diberikan kontrak sehingga tahun 2020 dengan pilihan untuk kekal pada 2021 dan 2022.

Wan Kuzain
Wan Kuzain Wan Kamal, 19 tahun.

Mengulas mengenai tawaran kontrak itu, Kuzain menjelaskan itu adalah pengalaman berharga buat dirinya untuk membuktikan kebolehan sebenar serta berpeluang menimba pengalaman ketika beraksi bersama pemain-pemain profesional yang lain.

GARIS MASA PERJALANAN KONTRAK WAN KUZAIN

#August 2016 – Menyertai Akademi Bola Sepak Sporting KC

#August 2016 – Tandatangani kontrak akademi untuk Swope Park Rangers

#Julai 2017 – Tandatangani kontrak USL profesional untuk Swope Park Rangers

#April 2018 – Tandatagani Kontrak MLS untuk Sporting Kansas City

Wan Kuzain sporting kc

Wan Kuzain dilahirkan dan dibesarkan di Carbondale, Illinois oleh ibu bapanya yang merupakan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, beliau mempunyai dua kerakyatan iaitu USA dan juga Malaysia. Di usia mudanya, Kuzain banyak berlatih bersama pasukan bola sepak kebangsaan USA B-17 pada 2013 dan 2014 serta di Feyenoord pada penghujung 2015.

Berikut merupakan fakta ringkas mengenai beliau :

#Nama : Wan Kuzain Wan Kamal

#Posisi : Midfielder

#Tarikh Lahir : 14/09/1998 (19 tahun)

#Tempat Lahir : Carbondale, Illinois

#Kerakyatan : USA, Malaysia

Twitter : @LeKuz7

Instagram : @kuzain7

Wan Kuzain

Diharapkan penyertaan sebagai pemain profesional di MLS, Amerika Syarikat akan memberikan banyak pengalaman buat anak muda berdarah Malaysia ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here