Keadaan di sebuah pasaraya Econsave di Pontian, Johor bertukar menjadi huru-hara apabila ribuan pengunjung memenuhkan barang-barang keperluan di dalam troli dan akhirnya meninggalkan troli itu begitu sahaja.

 

Puncanya ? Berita palsu.

Pada beberapa hari lalu, tersebarnya berita palsu bahawa Tunku Mahkota Johor akan datang membuat kejutan di Econsave Pontian. Bukan itu sahaja, TMJ dijangka akan membayar segala barangan yang diambil oleh pembeli ketika lawatannya di pasaraya berkenaan.

pasaraya
Sumber foto : Twitter

Berita palsu yang tersebar menerusi rakaman suara itu juga mengatakan TMJ akan membayar kira-kira RM200 bagi setiap seorang.

Ramai penduduk di Johor mudah mempercayainya setelah TMJ sebelum itu membuat lawatan mengejut di Aeon Mall Tebrau.

Setelah berita itu sampai ke pengetahuan penduduk tempatan, maka berpusu-pusu lah orang berkunjung ke Econsave Pontian meskipun sudah diberitahu oleh pihak pengurusan bahawa berita itu adalah tidak benar.

pasaraya econsave

Pada pukul 10 pagi, sudah lebih 1000 pembeli membanjiri pasaraya tersebut.

Pihak polis juga terpaksa bergegas ke tempat berkenaan bagi mengawal keadaan.

Menurut salah seorang kakitangan Econsave Pontian, pihaknya berasa kesian terhadap segelintir orang kurang upaya dan warga emas yang terpaksa berebut untuk mendapatkan barang walaupun hakikatnya berita itu adalah tidak benar.

Tegasnya, pasaraya Econsave juga mengalami kerugian kerana insiden itu.

pasaraya

Kakitangan di pasaraya itu juga ternyata marah kerana mereka terpaksa menyusun semula barangan yang diambil. Ini kerana para pelanggan meninggalkan troli begitu sahaja setelah menyedari bahawa mereka sudah tertipu.

Walaubagaimanapun, pihak polis bertegas akan menjalankan siasatan di bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018. Mereka yang bersalah boleh dihukum denda sebanyak RM500,000 dan juga penjara maksimum 6 tahun.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here