Selepas Rang Undang-undang Cukai Jualan (SST) diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 & 8 Ogos lalu, namun pelaksanaannya yang sepatutnya pada 1 September ini dilihat masih samar-samar.

Sesebuah rang undang-undang yang telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat perlu dibahaskan kembali di Dewan Negara dan diluluskan oleh ahli Dewan Negara (yang dikenali sebagai Senator) sebelum boleh dijalankan tanpa halangan.

Walau bagaimanan pun, kerajaan kini mungkin berdepan halangan yang besar untuk membolehkan Rang Undang-undang Cukai Jualan (SST) menjadi akta yang sah kerana kebanyakan ahli Dewan Negara kini merupakan lantikan daripada Barisan Nasional.

Dewan Negara akan bersidang untuk meluluskan sesebuah Rang Undang-undang. (Sumber gambar: NST)

Ahli Dewan Negara merupakan lantikan kerajaan yang terdiri daripada wakil setiap negeri dan juga golongan-golongan tertentu di Malaysia. Kini, Dewan Negara negara dikuasai oleh lantikan daripada Barisan Nasional dengan jumlah seramai 29 orang ahli.

Manakala bagi Pakatan Harapan, hanya terdapat 6 orang senator yang dilantik mewakili parti PAS, Gerakan, dan Gabungan Pasti Sarawak.

Kewangan Negara Akan Merudum Sekiranya RUU SST Tidak Diluluskan

Guan Eng berkata, negara akan mengalami masalah kewangan sekiranya SST tidak dikuatkuasa seperti yang telah dirancang. (Sumber gambar: Berita Harian)

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan agar semua ahli Dewan Negara untuk meluluskan RUU GST ini dan tidak mensabotajnya apabila ia dibentangkan dan dibahaskan dalam siding hari ini dan 27 Ogos nanti.

Sekiranya RUU SSt ini tidak dilaksanakan menjelang tarikh yang telah ditetapkan, maka negara akan terjerumus dalam krisis kewangan kerana kekurangan sumber kewangan selepas negara dalam fasa “tax holiday” selama 3 bulan.

Lim Guan Eng turut meminta agar para senator untuk menghormati demokrasi negara serta meluluskan RUU SST tersebut bagi menjamin pendapatan negara tidak terjejas.

SST akan mengantikan GST pada 1 September 2018.

“Jika SST tidak dapat dilaksanakan, kita akan menghadapi masalah kewangan kerana mungkin dari segi fiskal kita tidak dapat lebihan dan ini penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur bahawa ekonomi negara lancar.

Akta Cukai GST teah dimansuhkan pada 8 Ogos lalu selepas dibahaskan di Dewan Rakyat. Pemansuhan GST ini juga merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi PRU ke-14.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here