BR1M KEMINGKINAN AKAN DIMANSUHKAN 

br1m

Beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum ia DIMANSUHKAN.

Beliau juga seolah-olah menyifatkan rakyat sudah terlalu manja dengan pemberian bantuan dalam bentuk kewangan itu.

BR1M HARUS DITERUSKAN DAN DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN YANG BENAR-BENAR LAYAK 

br1m

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor mengulas bahawa jika dilihat dengan teliti, BR1M sebenarnya memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia khusunya bagi yang benar-benar memerlukan, seperti ibu tunggal, golongan yang tidak boleh bekerja atas faktor kesihatan dan sebagainya.

Bantuan ini digalakkan untuk diteruskan, namun cara dan syarat pemberiannya haruslah diperbaiki dan diteliti dengan lebih mendalam.

Keluarga yang sepatutnya mendapat BR1M bukanlah setakat RM800, tetapi harus lebih dari itu.

br1m

Beliau juga menyuruh orang ramai melihat nasib ibu tunggal yang mempunyai lapan orang anak di Samarahan.- Sinar Harian.

BACA JUGA :   BSH Mula dibayar Hari Ini. Bayaran Terus ke Akaun Bank.

Kerajaan kini tidak seharusnya secara tiba-tiba memansuhkan apa yang telah diterapkan oleh kerajaan lalu, namun perkara seperti ini haruslah diperbaiki mekanisme pemberiannya.

br1m

“Ia juga tidak seharusnya diberi secara pukal, kerana gaji RM4,000 di Kuala Lumpur berbeza dengan gaji RM4,000 di Bachok”.

Dr Shazali juga berpendapat bahawa sekiranya kerajaan masih bertegas untuk memansuhkan BR1M, kerajaan perlulah mencari dan merancang sesuatu yang lebih efektif dan berkesan agar kebajikan rakyat Malaysia dapat terus dipelihara.

PERLU TENGOK KEBAJIKAN RAKYAT DARI SEGALA ASPEK 

“Kerajaan perlu tengok kebajikan rakyat dari segala aspek, seperti cukup makan, ada kos kesihatan yang diperuntukan dan anak-anak mereka juga mendapat pelajaran yang sepatutnya”, katanya.

 

br1m

Pemansuhan BR1M ini dilihat melalui kaca mata yang berbeza daripada semua pihak, yang mana ada pihak yang menyokong dan ada juga yang menentang akan pemansuhannya.

BACA JUGA :   Wang BR1M 2018 Diagihkan Bermula Isnin

Apa pun, ramai pihak yang menganggap bahawa perkara ini perlulah diteliti dengan sehabis baik sebelum dimansuhkan agar kebajikan rakyat Malaysia tidak terjejas dan terus terpelihara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kepada semua wanita di luar sana, sekiranya anada ingin mengekekalkan kecantikan dalaman mahupun luaran, JUS ROYAL V merupakan produk yang terbaik untuk anda.

Royal V juga merupakan antara hot item dari Jamu Ratu Malaya setakat ini. Testimoni yang deperoleh daripada pengguna juga cukup memuaskan! Apa tunggu lagi?

Kepada wanita yang telah berkahwin, anda pasti akan membuatkan suami semakin sayang terhadap anda setelah amalkan Royal V! Dapatkan Jus Royal V di pautan yang berikut:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here