Anak muda zaman sekarang makin ramai yang galak keluar travel. Ada yang travel ke luar negara, kalau yang bajet ciput mereka ni tuju ke tempat dalam negara saja. Itu pun cukup memuaskan bagi mereka ni.

Melancong dan mengembara ni dahulunya dikategorikan sebagai hobi yang mahal sebab banyak benda nak kena bayar dan belanja yang bukan murah nak pergi ke tempat orang ni.

Kini, ada banyak usaha bagi menggalakkan anak-anak muda ni mengumpul pengalaman melalui pengembaraan di tempat orang. Tempat penginapan pun ada yang ditawarkan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Melancong kini menjadi trend yang menjadi ikutan ramai orang. (Sumber gambar: DDS)

Ditambah pula dengan influencer-influencer di media sosial yang kerap travel dan memberikan tips cara untuk melancong dengan bajet yang ciput dan ketat. Terpengaruh dengan infuencer ni (dah nama pun influencer), maka budaya travel ni popular.

Kali ni kami akan berkongsikan tip-tip yang boleh anda gunakan untuk memudahkan perjalanan anda semasa berada di tenpat travel.

#1. False wallet.

Apa itu false wallet? Ia merupakan dompet yang mengandungi kertas-kertas yang tidak digunakan dan mungkin duit yang rendah nilainya. Ia diisi begitu untuk menampakkan dompet ini kelihatan tebal.

BACA JUGA :   Pulau Perhentian: Mutiara Pantai Timur Menjadi Syurga Buat Pencinta Taman Laut
Tak nak jadi mangsa pencopet? Isikan dompet lama dengan kertas terpakai dan duit not kecil dan letakkan kat kocek belakang. (Sumber gambar: Telemark Diversified)

Apa fungsinya? Dompet palsu atau false wallet ini biasanya digunakan untuk memperdayakan penyeluk saku dan pencopet. Ia Cuma digunakan sebagai umpan supaya kita tidak mudah menjadi mangsa kepada pencopet ini.

Mungkin di Malaysia kes penyeluk saku ini tidak kerap tetapi kalau di negara seperti Indonesia, India, Amerika Tengah, dan di negara-negara dunia ketiga, kes pencopet ini sangatlah kerap.

Dalam false wallet ni anda boleh letakkan duit kecil bagi memudahkan perjalanan tetapi elakkan letakkan dokumen seperti kad pengenapan dan lesen.

#2. Duit kecemasan.

Sebelum memulakan perjalanan, sediakan beberapa not duit kertas pelbagai nilai. Kemudian, letakkan duit-duit ini di pelbagai tempat di sluruh badan seperti di dalam kasut, di dalam beg, dalam poket kecil pakai, dan mana-mana tempat yang sesuai.

Simpan sedikit duit dalam kasut anda, ia boleh selamatkan anda daripada keadaan yang tak terduga. (Sumber gambar: DDR)

Kita gelarkn duit ini sebagai duit kecemasan. Yang hanya boleh digunakan untuk tujuan kecemasan saja. Andai kata, anda telah kehabisan tunai dalam dompet, duit ini boleh jadi penyelamat kalau anda memerlukan duit di masa-masa yang tak diduga.

#3. Insurans perjalanan

Kalau anda mengembara keluar Malaysia, lebih baik anda beli insurans perjalanan. Kalau di Malaysia, munkin kita boleh pergi ke mana-mana klinik kerajaan dengan harga RM1.

BACA JUGA :   WAJIB TAHU! Cara Menguruskan Data Orang Yang Telah Mati

Tetapi kalau di luar negara, polisi perubatan terutaman bagi pelancong luar adalah berbeza. Mungkin harga yang dikenakan adalah sangat tidak masuk akal.

Insurans perlancongan adalah persediaan untuk sebarang perkara yang tidak diingini semasa melancong di luar negara. (Sumber gambar: Friendly Iran)

Jadi untuk mengelakkan daripada anda dikenakan bayaran yang sangat mahal untuk kos perubatan, lebih baik anda membeli insurans perlancongan. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut polisi yang kita langgan.

Selain daripada kos perubatan, insurans ini juga akan membayar pampasan bagi kejadian seperti kehilangan dokumen, kelewatan penerbangan, kehilangan barang dan juga kehilangan bagasi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!

Ini bukan benda karut tapi realiti!

Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here