Kadang-kadang anda semestinya meragui dengan apa yang dimakan oleh anda walaupun makanan yang dimasak dari rumah. Hal ini kerana kadang-kadang barang dapur yang dibeli adalah dari sumber yang was-was. Contohnya seperti sayur sawi yang diperbuat dari plastik.

barang

Selain itu, terdapat juga penjualan barang dapur yang dijual dalam keadaan yang tidak bersih .

Pendedahan berhubung penanaman dan penjualan tauge dilakukan pendatang tanpa izin (PATI) Bangladesh semalam menyebabkan rata-rata pengunjung dan pembeli di pasar basah sekitar ibu kota lebih berhati-hati.

barang

Hasil tinjauan wartawan di Pasar Besar Pudu di sini, mendapati ramai pelanggan ragu-ragu untuk membeli tauge dari kebanyakan peniaga warga asing.

Pelanggan, Roziatummiah Abd Aziz, 51, berkata, susulan pendedahan tauge jijik dihasilkan warga asing itu menyebabkan dia lebih berhati-hati untuk membeli sayur berkenaan.

barang

“Saya semakin risau dan was-was membeli tauge kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan dan keluarga.

“Kehadiran warga asing menjajah pasar Pudu membuatkan khuatir isu kebersihan dan keselamatan kepada kesihatan,” katanya yang memilih untuk membeli barangan basah daripada peniaga tempatan.

Kakitangan swasta, Mohd Firdaus Mohd Sabray, 23 berkata, dia kerap memilih sayuran dan barangan makanan yang dijual murah di pasar.

barang

“Saya sering beli sesuatu makanan tanpa berfikir panjang sama ada ia kotor atau bersih.

“Susulan timbulnya isu sebegini, saya kini lebih berwaspada dan tidak ambil mudah lagi berhubung aspek kebersihan makanan,” katanya.

Roziatummiah berkata, pengguna perlu lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti sesuatu barang dan mestilah sentiasa peka dengan makanan yang dibeli sama ada di pasar raya atau di pasar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Utusan

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here