Berita menggembirakan bagi peminat-peminat filem francais ketiga daripada Fox iaitu Kingsman 3 yang bakal menemui anda pada 9 November 2019 tahun depan.  Berita ini telah disahkan oleh direktor kedua siri francais ini iaitu Matthew Vaughn.

Di dalam temu bual beliau bersama Empire Magazine, beliau memberitahu bahawa bakal ada kesinambungan bagi filem Kingsman yang akan menemui peminat-peminat filem itu tetapi beliau tidak memberitahu tahu maklumat tentang siapakah yang akan membintangi filem itu serta plot filem tersebut kerana ia masih di dalam pembikinan.  Bagaiman pun Vaughn mengatakan bahawa filem francais ketiga ini akan menjadi “konklusi hubungan Harry Hart-Eggsy.”

Taron Egerton dan Colin Firth bakal membuat kemunculan semula memandangkan mereka merupakan peneraju utama bagi filem francais ini. Karakter Teraquila lakonan Channing Tatum juga bakal menjadi salah satu karakter tetap bagi Kingsman 3 nanti. Malah ada juga desas desus mengatakan bahawa bakal ada watak yang lebih penting pada kali ini yang masih tidak diketahui.

BACA JUGA :   KL Special Force Arahan Syafiq Yusof Menampilkan Aksi Penuh Debaran!

Filem yang bakal menemui peminat-peminatnya pada November tahun hadapan ini pada asalnya merupakan tarikh bagi filem hebat kegemaran ramai iaitu James Bond tetapi  ianya telah ditunda kemungkinan pada awal tahun 2020. Penudaan tarikh bagi filem Bond 25 ini telah memberi ruang kepada filem ‘spy’ ini untuk beraksi di pawagam pada November tahun hadapan.

Kingsman : The Secret Service

Kingsman filem berkisarkan tentang sebuah organisasi penyesiatan atau ‘spy’ yang beroperasi di sebuah kedai membuat pakaian lelaki Savile Row. Salah seorang dari spy yang tertua di organisasi tersebut yang bernama Harry Hart lakonan Colin Firth telah membantu Gary ‘Eggsy’ Unwin lakonan Taron Egerton pemuda yang ditangkap kerana melakukan kesalahan selepas kematian ayahnya. Harry datang dan memberitahu bahawa dia mengenali ayah Eggsy yang telah mati dan mengambilnya dibawah jagaan serta melatih beliau sebagai salah seorang pelatih Kingsman.

BACA JUGA :   SINOPSIS SEWU DINO (2023)

Kedua-dua francias filem ini iaitu “Kingsman : The Secret Service” serta “Kingsman : The Golden Circle” berjaya menjadi filem box-office pada tahun ianya disiarkan di seluruh negara.

Filem Kingsman 3 ini bakal memulakan pengembaraan mereka pada awal tahun 2019 ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!

Ini bukan benda karut tapi realiti!

Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here