Kentang putar. Mashed potato. Sedap, mudah, mengenyangkan. Nak menyediakannya pun sangatlah mudah. Rebus kentang, penyekkan dan letak sikit sos perang. Dan, wallaa! Siaplah satu hidangan kentang putar yang mengenyangkan. Mudah!

Tapi, bagi mereka yang malas sangat nak merebus dan melecek kentang tu, jangan risau sebab dah ada alternatif lain untuk anda semua menikmati kentang putar panas dan segar. Siap dengan topping lagi tu!

Kat Malaysia sekarang dah ada sebuah outlet makanan yang hanya menjual kentang putar saja. Ya, kentang putar saja! Lepas ni anda tidak lagi perlu beratur panjang kat KFC kalau anda tiba-tiba mengidam nak makan kentang putar.

TatoTato menawarkan kentang putar yang dihidangkan bersama sos keju dan pelbagai topping.

Tato Tato, sebuah kedai makan yang berkonsepkan kentang putar yang baru beroperasi pada awal tahun 2018 tampil dengan suatu kelainan dalam penyediaan makanan. Kantang putar yanh dihidangkan bersama sos keju dan topping.

Sos keju?! Dalam kentang putar?!

Pertama di Malaysia, TatoTato Malaysia tidak kekal pada presentation kentang putar tradisional yang hanya dimakan bersama sos perang. Mereka upgrade dengan hidangkan kentang putar putar mereka dengan sos keju istimewa resipi sendiri dan topping.

BACA JUGA :   Penang Makin "Padat", Caj Untuk Kenderaan Luar Akan Dikenakan.

Pelbagai Jenis Topping

Delain daripada kentang putar dihidangkan dengan sos perang & sos keju, Tato Tato turut menghidangkan kentang putar mereka dengan pelbagai jenis topping.

Topping yang ada pula pelbagai. Anda boleh pilih mengikut kesukaan anda dan semuanya menjadi sedap apabila digandingkan dengan kentang putar yang berisi kentang sos perang dan sos keju yang dah memang menyelerakan.

Nampa tak banyak mana sos keju yang diletakkan dalam kentang putar tu?

Antara pilihan topping yang anda boleh pilih untuk dicampurkan dengan kentang putar anda adalah:

  • Smoked Duck
  • Tofu
  • Shrimp
  • Smoked ham

Dan pelbagai lagi topping. Pergi ke kaunter dan cakap saja kata bang atau kakak kaunter tu nak topping apa. Dengan senyuman yang manis dan mesra mereka akan membantu anda.

Ada Makanan Lain Juga Tau!

Selain daripada menjual kentang putar kat outlet, TatoTato juga ada menjual sandwich istimewa dan juga nachos. Istimewanya, sandwich ini diisikan dengan kentang putar dan juga topping yang sama.

BACA JUGA :   Tragedi Runtuhnya Gunung Kinabalu dalam "Tangisan Akinabalu"
Nak kena cuba sendiri baru tahu erti nikmat sedap yang sebenar!

Nachos istimewa TatoTato dihidangkan dengan salsa dan kentang putar. Tak cukup dengan tu, sos keju TatoTato turut dilumur ke atas segunung cip nachos. Cip+salsa+mashed potato+sos keju; pakej lengkap untuk lemahkan iman anda.

Anda tak cuba nachos ni, anda rugi besar. kalau tak sedap, takkan nak masuk dalam artikel ni, kan?

Jadi, kalau dah terliur, tunggu apa lagi? TatoTato mempunyai 4 cawangan seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka juga akan menambahkan bilangan outlet Tatotato. Takkan nak bagi orang KL & Selangor saja boleh rasa TatoTato kan?

Yang mana satu idaman kalbu? Yang pasti, semuanya sedap!

Segala maklumat lanjut, ando boleh kunjungi laman Facebook TatoTato untuk segala maklumat terkini mengenai outlet dan menu mashed potato yang ada dijual.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here