Tidak dapat dinafikan, setiap individu berusaha keras dalam memastikan kejayaan milik mereka dan hidup di dalam zon yang selesa. Setelah berjaya peroleh semua, ada sesuatu yang tertinggal.

Hati berasa tidak tenang dan sentiasa rasa kosong walaupun telah melakukan pelbagai aktiviti seperti rasa tidak berkat. Berikut ialah cara mahupun pendidikan sepanjang hayat yang mampu kita amalkan.

#1. Sedekah.

Sedekah antara satu perkara yang kita liat untuk lakukan. Kita berpendapat sekiranya kita bersedekah mampu buat poket kita “kosong”. Telahan itu tidak benar sama sekali. Bersedekah sebenarnya antara kunci yang tersembunyi kepada punca berkat. Sedekalah di masjid mahupun yayasan agama.

Sumber: Islami.co

Secara tidak langsung kita sebenarnya sudah melabur kea rah kebaikan. Duit yang disumbang akan diberikan kepada anak yatim, asnaf, fakir dan miskin. Namun begitu, jangan terlalu cepat percaya dengan peminta sedekah yang berada di tepi jalan. Berkemungkinan mereka adalah sendiket. Islam juga mengajar umatnya bahawa memberi itu lebih baik dari yang meminta.

#2. Ibu bapa.

Ibu bapa merupakan harta yang pertama sesudah lahir di dunia ini. Selalu sibuk sampai tiada masa untuk pulang ke rumah orang tua sangatlah tidak bagus. Kita diberi masa 24 jam agar kita dapat membahagikan masa dengan cermat.

Selalulah bertanya apa yang mereka perlukan, mudahkan segala urusan ibu bapa. Bayangkan ibu bapa mampu menjaga anak ramai dengan kudrat si ayah dan ibu tapi kita sebagai anak tidak mampu menjaga mereka.

BACA JUGA :   Arab Saudi Hadiahkan 1,100 Kuota Haji Untuk Anggota Tentera dan Polis Malaysia
Hargailah orang tua kita selagi mana mereka masih ada bersama kita. Sumber: bahasaarab

Seandainya tiada masa, sentiasalah berhubung. Teknologi zaman kini sepatutnya mengeratkan lagi hubungan, bukan menjarakkan lagi. Baik kepada ibu bapa tiada salahnya, sebaliknya anak kita juga akan menghormati kita apabila hari tua kemudian.

Doa mereka juga merupakan kunci kejayaan kita pada masa kini, jangan sekali-kali berasa angkuh dengan apa yang kita miliki sekarang. Di sebalik kejayaan kita, terselit doa mereka yang sentiasa mengharapkan kejayaan dan keselamatan buat anak-anak.

#3. Memudahkan urusan orang lain.

Sebagai insan, kita tidak akan terlepas dari masalah, yang bezanya mengenai cara kita selesaikan masalah. Bergantung kepada masalah dalam jangka masa pendek atau lama. Namun begitu, janganlah pula tidak hiraukan masalah orang sekeliling. Sekali sekali cubalah tegur rakan sepejabat mengenai perkembangan mereka.

Sikap membantu satu sama lain perlulah diamalkan dan dipupuk di peringkat awal. Sumber: dictio.co

Mana tahu, kita boleh berikan idea mahupun penyelesaian kepada masalah. Jangan pernah berkira dengan orang lain dalam isu bantu orang lain. Kita tidak tidak tahu bila masa kita akan berada di “bawah”.

#4. Memuliakan anak yatim.

Setiap rezeki kita pasti terselit rezeki orang lain. Anak yatim kita sedia maklum merupakan anak-anak yang ketiadaan ibu mahupun bapa. Maka, agak bagi ibu atau bapa dalam mencari pekerjaan. Dengan bersedekah ataupun berbuat baik kepada mereka secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka.

Anak syurga. Sumber: mybuletin

Ingin tambah berkat dalam sesuatu majlis, jemput anak yatim ke majlis makan, keraian, dan lain lain mampu membawa barakah dalam majlis. In shaa Allah.

BACA JUGA :   Tips Hebat Untuk Elakkan Anak Menangis Sebelum Masuk Sekolah!

#5. Melakukan Haji dan Umrah

Duit simpanan jika ada lebih boleh juga kalau kita simpan sedikit di Tabung Haji. Keinginan untuk melancong sana sini memang tidak dapat dinafikan. Ingin mencari sesuatu yang baru serta mencari pengalaman di tempat orang lain amatlah digalakkan dalam Islam juga sebenarnya. Namun begitu, andai ada rezeki lebih boleh melawat kota suci.

Impian semua umat muslim untuk berasa di sini. Sumber: muslimvillage

Terdapat banyak lagi perkara yang lain agar kita mendapat berkat dalam segala apa yang kita lakukan. Namun, sebagai insan dan hamba, kita tidak terlari dari melakukan kesialapan. Maka, sentiasalah bermuhasabah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here