Sampah yang semakin banyak membingungkan penduduk setempat dan pihak pengurusan. Tidak kurang juga dengan isu “sampah terbang”di ibu kota. Syarikat pengurusan sampah, Alam Flora Sdn Bhd telah mengenalpasti 12 lokasi yang boleh dikatakan lokasi “sampah terbang” memandangkan isu ini telah berlarutan selama empat tahun.
Berikut ialah antara kawasan yang dikategorikan kawasan sampah terbang:
#1. Lorong Gadek
#2. Lorong Baba
#3. Lorong Kancil
#4. Jalan Kundur
#5. Lorong belakang Jalan 5A/6 Danau Kota
#7. Jalan Semilang
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata kebanyakan kawasan itu didiami warga asing yang dipercayai membuang sampah dari tingkat aras rumah mereka. Sikap penduduk asing ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak menjaga keharmonian penduduk setempat dan mengamalkan sikap penting diri.
Beliau turut memaklumkan bahawa tong sampah juga disediakan bagi memudahkan penduduk tempatan dan warga asing untuk membuang sampah, sebaliknya mereka hanya membuang sampah dari aras rumah mereka.
“Dulu fenomena ini sering berlaku di kawasan di tengah-tengah ibu kota seperti Bukit Bintang dan Pudu namun baru-baru ini mereka dilihat sudah berpindah ke pinggir bandar dan perkara sebegini masih lagi berlaku,” katanya kepada pemberita selepas sesi turun padang ‘Hentikan Sampah Terbang’ di Jalan Semilang, Cheras pada Khamis.
“Kami turut menjalankan tugasan luar skop dengan membersihkan sampah terbang yang tersangkut di tingkap atau bumbung dengan menggunakan ‘skylift’ serta ‘water jetting’ untuk dinding dan longkang secara berkala untuk menghilangkan bau busuk,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Zain berkata pihaknya bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan SWCorp agar warga asing memahami cara pembuangan sampah yang betul. “Antaranya mengedarkan risalah-risalah dan poster pelbagai bahasa seperti bahasa Nepal, Myanmar dan Rohingya selain bahasa Malaysia dan Inggeris,” katanya.
Katanya berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati 150 warga Indonesia, 30 warga Myanmar, Bangladesh (20), Rohingya (35) dan Pakistan (20) menetap di Jalan Semilang sekali gus menyumbang kepada masalah sampah yang serius.
Sebagai individu, kita perlulah mengamalkan sikap yang terpuji. Melalui perkara di atas secara tidak langung telah memberi gambaran bahawa warga asing tidak menghormati cara hidup penduduk tempatan. Seeloknya bagi warga asing yang bakal tinggal atau mengginap di Malaysia dalam tempoh yang lama perlulah mengenali budaya mahupun cara hidup di sini terlebih dahulu. jelas menunjukkan warga asing tidak mementingkan kesihatan.