Ingin makan lain dari yang lain sambil mengembara. Asyik melancong ke tempat yang sama sahaja. Kini anda tidak perlu risau lagi. Terokai tempat makanan yang menarik di Perak. Pastikan Perak sebagai destinasi melancong anda tahun ini. Berikut ialah senarai makanan yang terdapat sekitar Perak.

#1.       PANGLIMA LANE

Sumber foto: cocubine lane

Panglima Lane atau lebih dikenali dengan Cocubine Lane merupakan sebuah insfrastuktur lama yang telah diubah suai. Bangunan ini telah menjadi salah satu tarikan pelancongan. Ernest Zacharevic merupakan pelukis mural yang telah mewarnakan suasana pada 80-an. Sepanjang lorong ini,terdapat pelbagai keunikan makanan yang disediakan.

#2.       DE BOIS

 

Sumber foto: FB De Bois

De Bois merupakan kedai makan yang berkonsepkan makanan barat. Menariknya, makanan yang dihidang sangat menyelerakan. Konsep kedai bersifat kontemporari dan pastinya menarik minat anak muda. De Bois bertempat di 201, Jalan Gopeng dan mengambil masa selama sembilan minit atau 5.1 kilometer dari Ipoh. Waktu operasi Isnin Hingga Sabtu pada jam 4 petang hingga 12 malam.

BACA JUGA :   IT'S ALL ABOUT YOU: DOMINO'S PIZZA HARGAI PELANGGAN

#3.       KUMA

Sumber foto: Kuma

Pernah lihat pelangi sebelum hujan? Di Perak, terdapat kedai bernama Kuma dan orang ramai boleh mendapatkan roti bakar cheese pelangi ini di sana. Kuma terletak di Cocubine Lane Plan B. Kuma merupakan syarikat daripada Jepun.

#4.       CHIK PIZZA

Pengasas Chik Pizza, Shakir Jushaah bersama tarikan utama di kedainnya. Sumber foto: Chik Pizza

Nama sahaja kita sudah tahu bahawa hidangan utama ialah pizza. Lokasi Chik Pizza di MIKERFOOD, Ipoh Padang, Jalan Tun Sambanthan, Ipoh Old Town, 31400 Ipoh, Perak. Makanan yang dihidangkan sangat membuka selera. Kedai ini mula dibuka pada jam 5:30 petang sehingga 12 malam pada setiap hari kecuali Isnin.

#5. 21 GRILLED

Burger saiz grgasi. Sumber foto: 21 Grilled

Hidangan utama 21 Grilled ialah burger. Menariknya mengenai hidangan mereka, resipi ini telah dibuat sendiri oleh pengusaha kedai. Saiz yang dihidangkan juga tiga kali ganda lebih besar. Terletak di ibu kota Perak dan beroperasi setiap hari kecuali Isnin. Kedai ini dibuka seawal jam 11:30 pagi dan tutup pada jam 11:00 malam.

BACA JUGA :   Pisang Kaki Ternyata Banyak Khasiat Yang Tidak Diketahui Ramai

Untuk tidak terlepas sebarang informasi menarik, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here