“Periuk nasi” pemandu teksi Malaysia akhirnya menjadi tanda tanya apabila kerajaan tidak dapat memberi kata putus. Seperti sedia maklum, sesi dialog telah diadakan baru-baru ini diantara pemandu teksi bersama Tun Dr. Mahathir. Pada sesi ini telah menimbulkan beberapa insiden yang tidak diingini.

Nasib pemandu teksi yang masih menjadi tanda tanya. Sumber foto: NajibRazak

Menerusi laporan Bernama, Ahli Jawatankuasa Persatuan Teksi Langkawi, Dahlim Ibrahim, 62, yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka yang meninggalkan dewan itu bukan diupah seperti dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya pemandu teksi yang merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan (PH).

Tun Dr. Mahathir pada pada majlis bersama pemandu teksi. Sumber foto: Astro Awani

Perdana Menteri ke-7 itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak dapat memberi sebarang jaminan dalam menyelesaikan masalah ini. Menurut Dahlim Ibrahim juga, terdapat lima hingga enam pemandu teksi keluar dari majlis tanda protes. Tindakan ini bukanlah biadap sebaliknya menuntut janji kerajaan dalam manifesto sebelum ini.

BACA JUGA :   Syarat Kenderaan untuk Mendaftar Safer
Kehadiran antara pesaing utama pemandu teksi tempatan. Sumber foto: The Star

Semenjak kehadiran GRAB, pendapatan pemandu teksi kian terjejas dan sedikit sebanyak menganggu sumber pendapatan mereka. Pendapatan pemandu kian terjejas dan mengharapkan pihak kerajaan dapat bertindak dengan sewajarnya. Terdapat sebahagian pemandu teksi merungut bahawa pendapatan harian mereka juga tidak sampai mencecah RM10.

Kerajaan seharusnya bertidak lebih wajar dalam menyelesaikan sebarang urusan. Sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung, kejadian protes seperti sebelum ini bakal berulang kembali.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi menarik, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here