Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tadi telah menyampaikan kata takziah buat seluruh keluarga seorang bilionair Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha melalui laman sosial Twitter milik TMJ.

Pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha disahkan telah maut dalam satu nahas selepas helikopter miliknya telah mengalami kehilangan kawalan secara tiba-tiba pada Sabtu lalu mengakibatkan sebuah letupan dan terhempas di tempat letak kereta  di luar perkarangan Stadium King Power.

Turut disahkan nahas dalam kejadian malang itu ialah dua juruterbang helikopter tersebut, anak perempuan Vichai yang dikenali sebagai Voramas, seorang kakitangan Vichai iaitu Kaveporn Punpare serta turut bersama-sama menaiki helikopter itu ialah seorang bekas peserta ratu cantik Thailand, Nusara Suknamai.

Helikopter itu dikatakan mengalami masalah yang berpunca daripada masalah teknikal pada ekor helikopter yang dinaiki itu.

Kali terakhir bilionair ini dilihat ialah ketika perlawanan kelab miliknya menentang West Ham United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang masing-masing berjaya mengikat mata seri sebanyak 1-1 sebelum helikopternya terhempas di gelanggangnya sendiri.

BACA JUGA :   Pasaraya Di Johor Alami Kerugian Kerana Berita Palsu TMJ Akan Belanja Beli-Belah

Jurucakap bagi kelab bola sepak Inggeris itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadiaan nahas itu hari ini,

“Dengan duka citanya dan perasaan penuh kecewa, kami mengesahkan bahawa Pengerusi, Vichai Srivaddhanaprabha adalah antara mangsa yang terbunuh pada petang Sabtu lalu apabila sebuah helikopter membawa beliau dan empat penumpang lain terhempas berhampiran Stadium King Power.”

kredit : theguardian.com

Kejadiaan nahas itu telah menyebabkan kesemua pemain-pemain Leichester City berasa sedih dan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang terjadi dan ada di antara pemain Leicester City yang menyaksikan sendiri letupan helikopter milik bilionair itu di ruang udara sebelum terhempas di padang.

Mereka dilihat berkongsi rasa sedih tersebut melalui laman sosial dengan menyampaikan ucapan sedih atas apa yang terjadi bersertakan gambar kenangan pemain-pemain bersama Vichai serta mengatakan bahawa kehilangan pemilik kelab bola sepak itu merupakan sebuah kehilangan yang sangat besar buat mereka semua.

BACA JUGA :   Hamidin Bakal Bersaing Dengan Tony Fernandes Untuk Presiden FAM ?

Selain daripada pemain-pemain kelab bola sepak itu, peminat-peminat Leicester City turut membanjiri Leicester City’s King Power stadium untuk memberi penghormatan terakhir buat pemilik kelab bola sepak itu dengan meletakkan bunga. Peminat-peminat Leicester City merasakan bahawa Vichai merupakan seorang pemilik kelab bola sepak yang terbaik dalam menguruskan kelab itu daripada sebuah kelab bola sepak kecil menjadi salah sebuah kelab bola sepak gergasi Inggeris.

Vichai telah membeli kelab bola sepak Leicester City sejak 2010 lagi.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here