Anda penggemar ayam goreng? Ingin makan di Kyochon, Kimberly Street Belacan Fried Chicken Penang, Wak Kentut Kulai Johor, myBurgerLab, Familia Fried Chicken Kampong Baru dan banyak lagi pada masa yang sama? Anda kini berada di saluran yang tepat!
Nantikan pesta ayam yang bakal berlangsung minggu ini.
Identities of all Ayam Lejen 2 Revealed!
[ATTN: FRIED CHICKEN FREAKS!] Malaysia's TOP 10 Fried Chickens in ONE location is happening this 10-11th Nov! Identities of all 10 Lejens now revealed! DON'T MISS #AyamLejen2
Posted by Friedchillies on Jumaat, 2 November 2018
Bagi penggemar ayam goreng, nama di atas bukan lagi kedengaran asing. Pada 10 November hingga 11 November 2018, sebuah pesta ayam akan diadakan secara besar-besaran. Di pesta ini bakal menampilkan pelbagai jenis ayam goreng anjuran FriedChillies. Pesta ini akan diadakan di Transit Aliran Ringan (LRT) Ara Damansara. Pesta makan ini bermula pada jam 11:00 pagi hingga 6:00 petang.
Pesta Ayam Lejen ini diadakan semula selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan pada tahun lepas. Tahun lepas, pesta ini telah diadakan di lokasi yang sama pada 18 hingga 19 November 2017. Tahun lepas, sebanyak empat sesi selama dua hari iaitu pada jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang serta 4:00 petang hingga 8:00 malam.
Pada musim lalu, terdapat pelbagai hidangan berasaskan ayam dijual antaranya Gerai Ah Kow, Sweetree, KGB, Zainal Nasi Kandar, myBurgerLab dan banyak lagi. Tahun 2017, pengunjung perlu membeli tiket kemasukan ke pesta ini dan boleh menikmati ayam kegemaran mereka.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi Boost bagi memudahkan lagi sistem pembayaran semasa berada di Pesta Ayam Legend 2 ini. Jadi tunggu apa lagi, jom kita bersama riuhkan lagi suasana di Pesta Ayam Legend 2!