Selepas tiada langsung perkembangan terbaru mengenai filem yang dinantikan ramai iaitu Avengers 4 yang akan mula ditayangkan pada tahun hadapan, Marvel semalam telah memecahkan kesunyian tentang perkembangan filem adiwira kegemaran ramai itu dengan melancarkan pengiraan detik atau ‘countdown clock’ bagi mengira beberapa hari filem itu akan ditayangkan.

Anda boleh menyaksikan countdown clock tersebut di laman web milik Avengers 4 yang kini berbaki 175 hari lagi untuk ditayangkan. Marvel turut melancarkan laman web khas buat filem Avengers 4 yang dinamakan sebagai ‘Avengers : Untitled Movie.”

Ianya pasti merupakan sebuah perkembangan yang baik buat semua peminat-peminat Avengers yang dilihat sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu masa filem adiwira itu ditayangkan di seluruh negara. Kami yakin jika anda merupakan seorang peminat tegar Avengers, anda pasti akan membuka laman web Avengers untuk sama-sama mengira hari untuk tayangan filem itu bukan?

BACA JUGA :   Trailer Captain Marvel 2 Kini Mencapai 12,633,613 Tontonan.

Bagaimana pun setakat ini Marvel masih mengunci mulut untuk tidak mengumumkan apa-apa perkembangan lain berkenaan filem itu selain daripada laman web dan juga jam countdown yang dilancarkan semalam.

Sebelum ini, Marvel turut melancarkan jam countdown bagi filem yang akan menyusul tidak lama lagi iaitu ‘Spiderman : Far From Home’ menerusi laman web rasmi milik filem itu yang turut dilancarkan yang kini berbaki 239 hari lagi untuk ditayangkan.

Segalanya masih menjadi rahsia dan tanda tanya termasuklah tiada sebarang perkembangan tentang gambar-gambar bagi file itu bahkan tajuk bagi filem itu juga masih tidak diketahui malah jelas boleh dilihat menerusi nama website mereka iaitu ‘Avengers : Untitled Movie.’ Bukan sahaja tiada gambar dan tajuk rasmi untuk filem itu, Marvel juga tidak mengeluarkan trailer pertama bagi filem itu. Perkara yang hanya disahkan oleh Marvel hanyalah tarikh bagi tayangan Avengers 4 sahaja.

BACA JUGA :   MARVEL AKAN ADA KARAKTER BARU SELEPAS AVENGERS 4?

Segala rahsia ini tidak lama lagi akan terbongkar apabila Kevin Feige yang merupakan presiden bagi Marvel Studio sebelum ini telah mengesahkan dan berjanji bahawa tajuk dan trailer bagi filem Avengers 4 ini akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.

Namun berapa banyak mereka akan dedahkan dan seberapa cepat mereka akan melakukan promosi bagi filem Avengers ke-4 ini masih tidak diketahui.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here