Menimba ilmu adalah perkara yang dituntut di dalam agama Islam terutamanya. Oleh itu, terdapat pelbagai rintangan yang perlu dijalani sebagai seorang pelajar. Sekiranya anda menyambung pengajian di dalam bidang agama, ini merupakan dakwah dalam menegakkan agama Islam.

Sumber foto: Galeri Poster Dakwah

Terdapat banyak persepsi yang dikemukan oleh netizen sekiranya menyambung ke bidang agama seperti kerjaya selepas graduan. Di zaman arus perdana, terdapat pelbagai pilihan kerjaya bagi anak muda ini. Kerjaya sebagai pensyarah di universiti tempatan mahupun terkemuka, pemandu pelancong bagi pelancong dari Timur Tengah, penterjemah berkaitan Bahasa Arab di Institusi Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Sumber foto: Sinar Harian

Bagi pelajar yang mengambil jurusan Syariah Islamiah, anda boleh menemui kerjaya anda sebagai peguam di Mahkhamah Syariah, Pensyarah, Guru Agama, kerjaya di industri Halal, Pusat Perubatan Islam dan banyak lagi.

Kini menyambung pengajian ke bidang agama bukan lagi penghalang kerjaya anda! Bagaimana jika anda ingin menyambung pengajian di bidang agama?

SEMUA JAWAPAN ADA DI DAULAH EDUCONSULT

Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Universit Al-Azhar, anda wajib mempunyai kelulusan minimum sekurangnya ‘B’ bagi mata pelajaran yang berkaitan dalam peperiksaan SPM. Manakala, bagi pelajar yang menduduki peperiksaan STAM, anda wajib lulus sekurangnya pangkat Jayyid. Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult semestinya mendapat pengiktirafan daripada KPT, JPA dan MQA..

BACA JUGA :   Sertai Program Maahad Buuth Tanpa Sijil Melalui Madrasah Daulah

Bagi pelajar yang ingin belajar di Indonesia, Daulah Educonsult turut menawarkan universiti yang turut diiktiraf oleh KPT,JPA dan MQA. Namun begitu, pelajar perlu menduduki peperiksaan STAM dengan pangkat lulus Jayyid. Pelajar juga boleh menuntut ilmu di universiti ini dengan kelulusan Asasi, STPM, Matrikulasi dan Diploma.

Kemasukan pelajar ke luar negara bagi sesi 2019 kini sudah dibuka. Sumber foto: Daulah Educonsult.

Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Acheh menawarkan bidang seperti Syariah Islamiah & Hukum, Usuluddin, Dakwah & Komunikasi, Adab & Humaniora. Kos pengajian yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult juga berbaloi dengan bidang yang dipohon.

Terdapat juga Universiti yang lain di Indonesia, Universiti Islam Negeri (UIN) Suska, Riau. Universiti ini merupakan pengajian tinggi yang turut ditawarkan oleh Daulah Educonsult dalam bidang pengajian seperti Syariah & Ilmu Hukum, Usuluddin dan Dakwah dan Ilmu Komunikasi.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Jalan Pintas Ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pelajar akan diberi bimbingan oleh Daulah Educonsult sebelum berangkat ke luar negara.

Jika pelajar tidak mempunyai sebarang kelulusan tapi masih ingin meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar. Daulah Educonsult turut menyediakan Madrasah Daulah di mana pelajar boleh membuat persediaan sebelum ke alam universiti. Pelajar akan dibimbing oleh tenaga pengajar Madrasah Daulah yang berpengalaman dan berkelayakan.

Adakah anda berminat untuk menyambung pengajian di sana, inilah peluang keemasan!

Bagi adik-adik yang tidak tahu, Daulah Educonsult merupakan syarikat bumiputera melayu. Di sini, terdapat pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan. Daulah Educonsult turut menyediakan tempat pengajian ke negara lain seperti di Rusia, Poland, Bangladesh, Turki, India dan banyak lagi. Bagi adik-adik yang ingin mendaftar, tekan saja di SINI.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here