Tahun 2018 sudah hampir untuk melabuhkan tirainya dengan berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa hari pada tahun ini. Pada tahun ini juga telah banyak filem-filem hebat yang telah dikeluarkan sehingga boleh dikatakan menjadi fenomena dunia. Tetapi tahukah anda  filem apakah yang paling banyak menjadi buah mulut dunia pada tahun 2018 ini?

Minggu ini Twitter telah mengeluarkan data tahunan berkenaan filem yang dikeluarkan pada tahun ini yang paling banyak diperkatakan di laman sosial itu. Jika anda merupakan seorang peminat setia bagi filem-filem terbitan Marvel, anda pasti akan bersetuju dengan data yang dikeluarkan oleh Twitter ini kerana tahun ini merupakan tahun bagi filem-filem terbitan Marvel!

Di tempat pertama bagi filem yang paling banyak diperkatakan pada tahun ini ialah satu-satunya filem yang mengangkat orang Afrika sebagai sebuah watak adiwira iaitu filem Black Panther. Filem Black Panther sejak dikeluarkan pada bulan Februari lalu telah menjadi salah satu tajuk hangat yang sering diperkatakan di Twitter dan difahamkan bahawa ‘hype’ bagi filem itu tidak pernah perlahan diperkatakan di Twitter!

BACA JUGA :   Tonton Trailer Black Panther Yang Penuh Dengan Aksi Di Sini

Malah direktor bagi filem itu, Ryan Coogler sendiri sudah menjangkakan dan tidak terkejut bahawa filemnya itu akan menjadi filem yang paling banyak di tweet bagi tahun ini.

Di tangga kedua pula juga merupakan filem terbitan Marvel iaitu ‘Avengers : Infinity War’ yang dijangka akan terus menjadi perhatian warga Twitter sebagi topik perbualan hangat di laman sosial itu sehingga akhir tahun ini memandangkan jangkaan bagi trailer pertama filem itu untuk dikeluarkan sudah semakin dekat untuk diketahui.

Marvel berjaya mengungguli carta bagi kategori lima filem yang paling banyak di tweet pada tahun ini dengan meletakkan filem Deadpool 2 di tangga yang ke-5.

Filem terbitan Disney juga turut berada dalam senarai filem yang paling banyak diperkatakan di Twitter apabila berjaya meletakkan filem animasi ‘The Incredibles 2’ di tangga ke-3 manakala filem ‘Star Wars : The Last Jedi’ di tangga ke-4. Filem francais Star Wars itu juga dikatakan terus menjadi perbualan antara warga Twitter sehingga awal tahun ini walaupun filem itu dikeluarkan pada tahun 2017.

BACA JUGA :   Avengers : Infinity War Bakal Jadi Filem Berdurasi Paling Lama Dalam Sejarah Marvel

Anda boleh melihat sendiri senarai-senarai data yang telah dikeluarkan oleh Twitter bagi kategori filem, rancangan TV dan rancangan penstriman yang paling banyak di tweet di bawah :

FILEM YANG PALING BANYAK DI TWEET :

  1. Black Panther
  2. The Avengers : Infinity War
  3. The Incredibles 2
  4. Star Wars : The Last Jedi
  5. Deadpool 2
  6. Love, Simon
  7. A Wrinkle in Time
  8. Jurassic World : Fallen Kingdom
  9. Crazy Rich Asians
  10. The Shape of Water

RANCANGAN PENSTRIMAN YANG PALING BANYAK DI TWEET :

  1. 13 Reasons Why
  2. Stranger Things
  3. Black Mirror
  4. Queer Eye
  5. The Handmaid’s Tale

RANCANGAN TV HOLLYWOOD YANG PALING BANYAK DI TWEET :

  1. Saturday Night Live
  2. Roseanne
  3. Grey’s Anatomy
  4. The Walking Dead
  5. Big Brother
  6. The Voice
  7. Live PD
  8. Supernatural
  9. Game of Thrones
  10. Riverdale

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here