Baru-baru ini, tular dilaman sosial mengenai gambar SUV pertama Proton ini. Banyak  komen  dan pendapat daripada orang ramai yang melihat. Kepada yang berhajat mahu membeli atau menambah kereta baharu, boleh lah anda usha-usha tengok lu. Mana tahu jika anda jatuh cinta dengan model ini.

proton

SUV pertama Proton yang akan diasaskan dari Geely Boyue akan membuat kemunculan sulung dalam bentuk produksi sebenar pada suku keempat tahun ini. Berita terbaharu berkenaan dilaporkan oleh portal Malaysian Reserve yang menyebut ada sumber memberitahu SUV dengan pemanduan sebelah kanan tersebut dijangka boleh dipandu uji pada Oktober 2018, setelah segala kelulusan diperolehi dari pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Menurut sumber, proses tersebut termasuk penarafan dari Program Penilaian Kereta Baharu (NCAP) dan SIRIM sebelum ia boleh dijual dipasaran. Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun, untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan.

protonTahun lalu, Boyue pasaran China dengan pemanduan sebelah kiri yang mendarat di Malaysia buat pertama kalinya sebelum dijual di pasaran tempatan, ia terlebih dahulu perlu disesuaikan dengan keadaan di sini serta berberapa perkara perlu direka semula bagi menjadikan ia sebuah Proton.

BACA JUGA :   Tun Dr Mahathir Mohamad Kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7

“Mana-mana produk yang dibawa dari Geely dan dari luar Malaysia, ia akan mengambil masa, kerana produk ini asalnya adalah pemanduan sebelah kiri, jadi untuk ditukar kepada pemanduan sebelah kanan perlu mengambil sedikit masa,” kata pengarah urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar, tahun lalu.

Tahap program CKD yang akan kami jalankan untuk produk baharu ini juga akan diperincikan, dan ini termasuk penghasilan versi pemanduan sebelah kanan serta komponen tempatan yang akan dihasilkan disini.

“Dalam struktur yang ada di Malaysia, sekiranya lebih banyak komponen dalam negara yang digunakan, maka banyaklah insentif yang diterima. Ini adalah antara perkara yang perlu diambil kira,” tambah Faisal.

Program penghasilan Boyue untuk versi Proton ini adalah salah satu inisiatif oleh Proton dalam perancangannya untuk kembali bangkit dan ia merupakan pelan strategik yang holistik bagi kembali menjana keuntungan. Dari segi harga, bakal ditetapkan mengikut purata harga mampu milik.

BACA JUGA :   Kejadian 2 Bas Kilang Berlanggar Di George Town

Kilang Proton di Tanjong Malim akan mampu untuk menyokong produksi SUV ini pada pertengahan 2018. Untuk pengetahuan anda, Boyue merupakan sebuah SUV yang direka oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury. Ia merupakan SUV segmen-C dengan bentangan lima-tempat duduk, berukuran 4.5 meter panjang.

Untuk pasaran China, Boyue dijana dengan berberapa pilihan enjin termasuk 2.4 liter NA berkuasa 162 hp/210 Nm dan juga versi 1.8 liter turbo berkuasa 163 hp/250 Nm. Enjin-enjin tersebut dipadankan dengan sama ada transmisi enam-kelajuan manual atau automatik, bergantung pada pilihan enjin.

Ini merupakan model terbaru yang dihasilkan daripada Proton. Diharap dengan kemasukan model ini, akan melonjakkan lagi permintaan unit Proton oleh orang ramai.

So, nantikan SUV baru Proton tahun 2018 ini..

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Malaysia Kini

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here