Vladimir Vladimirovich Putin adalah seorang ahli politik Rusia yang merupakan Presiden Rusia yang terkini. Beliau menjadi Presiden Rusia pada Mei 2012 selepas memenangi pilihan raya pada Mac 2012.

Putin juga merupakan bekas pengerusi Rusia Bersatu, sebuah parti yang membolot 70% kerusi Duma Negara, iaitu dewan rakyat.

Loading...

Putin

Adakah anda mengetahui bahawa ahli politik Rusia ini tidak mempunyai telefon bimbit? Ya benar, Putin tidak mempunyai telefon bimbit.

Agak pelik kerana dia merupakan seorang ahli politik dan menurut saya telefon bimbit merupakan antara barang yang amat penting untuk kita.

Putin

Vladimir Putin mengakui tidak memiliki telefon pintar selepas pada tahun lalu mendedahkan bahawa beliau tidak berminat untuk membuka sebarang akaun media sosial.

BACA JUGA :   Anak Malaysia Ini Jadi Pensyarah Asia Tenggara Pertama Di Universiti Rusia

Pendedahan itu dibuat pada satu pertemuan bersama ahli sains dan akademik sebagai reaksi terhadap ucapan diberikan Ketua Institut Penyelidikan Nuklear Kurchatov, Mikhail Kovalchuk.

Putin

“Anda kata semua orang memiliki telefon pintar tetapi saya tidak (memiliki telefon pintar),” katanya sambil disambut gelak tawa semua tetamu.

Datuk berusia 65 tahun itu sebelum ini pernah mengakui bahawa beliau seorang yang buta IT malah tidak memiliki sebarang telefon bimbit pada tahun 2005.

Tahun lalu ketika mengadakan pertemuan bersama pelajar sekolah, Putin apabila ditanya mengenai akaun media sosial seperti Instagram dan Facebook mengakui bahawa beliau jarang melayari internet.

Putin

“Saya jarang melayari internet. Saya pulang sangat lewat setiap hari dan tidak memiliki akaun Instagram.

BACA JUGA :   Puas Dengan Pelancongan Darat, Cuba Pakej Pelancongan Rusia Ni

“Tugas melayari internet untuk mendapatkan info dilakukan pekerja-pekerja saya,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here