Terdapat individu yang tidak bertanggungjawab dengan memperkenalkan dirinya sebagai doktor walhal dia sebenarnya adalah seorang doktor palsu.

Berikutan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, terdapat individu yang disahkan menghidap HIV.

Loading...

Sekurang-kurangnya 33 individu disahkan menghidap HIV selepas dirawat seorang doktor palsu yang menggunakan jarum tercemar.

HIV

CNN mengatakan polis di Bangarmau di Uttar Pradesh telah menahan Rajendra Yadav yang menyamar seorang doktor.

Rajendra dilaporkan sering melawat pesakit di rumah mereka dengan menaiki basikal dan menuduh kos perubatan di India ‘terlalu membebankan’ untuk rakyat tempatan.

Pihak berkuasa mengesyaki sesuatu November lepas selepas terdapat peningkatan kes HIV di kawasan tersebut secara mendadak.

HIV

“Kami dirikan khemah, sesi soal jawab dan sediakan rawatan untuk pesakit,” kata pegawai perubatan, Sushil Choudhary.

BACA JUGA :   Impian Sambung Pengajian Di Universiti Terkemuka Mesir, Rusia, Turki, India, Indonesia, Poland, Bangladesh Kini Jadi Kenyataan Dengan Daulah Educonsult

Kata Sushil, pesakit menceritakan bagaimana mereka kononnya dirawat Rajendra yang dituduh tidak pernah menukar jarum suntikannya.

“Tiada cara untuk mengesahkan tuduhan mereka. Ia mungkin berlaku sebab jarum yang dijangkiti HIV tidak ditukar,” jelas Sushil lagi.

HIV

Sementara itu, Rejendra akan didakwa atas tuduhan menyebarkan penyakit merbahaya, cubaan membunuh dan menyamar sebagai seorang doktor.

Ketika ini, India yang mempunyai populasi 1.33 bilion penduduk dikatakan gagal memberikan perkhidmatan yang secukupnya.

Disebabkan perkara tersebut, mereka yang tinggal di kawasan pedalaman selalunya menggunakan khidmat doktor palsu yang sering mengenakan bayaran berpatutan.

HIV

Walaupun begitu, adalah sangat tidak wajar untuk menyamar sebagai doktor palsu kerana perkara ini sangatlah berisiko untuk anda sendiri dan juga orang ramai.

BACA JUGA :   OnePlus 6 Versi Avengers Akan Dilancarkan Pada 17 Mei 2018

Amatlah tidak wajar untuk menggunakan satu sahaja jarum suntikan untuk orang ramai. Walaupun anda bukanlah seorang doktor, perkara itu adalah perkara yang penting untuk anda sendiri. Ia adalah “self-awareness”.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here