keranda
Sumber foto : World of Buzz

Setiap daripada kita pastinya mempunyai cara yang tersendiri untuk memberikan penghargaan terakhir buat kenalan ataupun ahli keluarga yang baru sahaja meninggal dunia. Tidak kira lah daripada bangsa atau agama apa sekalipun.

 

Namun, tindakan yang dilakukan oleh lelaki berbangsa India ini kepada mendiang bapanya membuatkan ramai yang terpinga-pinga. Dia telah meletakkan wang tunai bernilai RM30,000 ke dalam keranda bapanya sebagai tanda penghormatan.

keranda
Sumber foto : China Press

Lantaran itu, dua gambar yang diambil ketika majlis pengebumian itu menjadi viral di media-media sosial. Gambar itu menunjukkan sebanyak 600 keping wang kertas RM 50 dipenuhkan ke dalam keranda mendiang.

Selepas tersebarnya gambar itu di media sosial, ramai netizen yang memberikan reaksi dan pandangan masing-masing. Segelintir daripada mereka turut berjenaka bahawa keranda itu akan hilang dicuri tidak sampai 24 jam selepas dikebumikan.

Ada juga yang mempersoalkan sama ada wang kertas yang diletakkan itu adalah palsu ataupun tidak. Setelah diperiksa, ternyata wang bernilai RM30,000 itu adalah wang yang betul.

keranda
Sumber foto : China Press

Mungkin sudah menjadi tradisi dan kepercayaan lelaki itu untuk menghormati orang yang telah meninggal dunia sama seperti orang yang masih hidup. Selalunya, tindakan itu adalah untuk mendapat restu daripada nenek moyang. Bukan sahaja duit, malah ada juga yang meletakkan makanan dan pakaian untuk menolong mendiang menghadapai kehidupan di alam selepas kematian.

Apa-apapun, sama-samalah kita menghormati kepercayaan yang diamalkan oleh kaum berbilang bangsa di negara ini. Mungkin lelaki itu terlalu sayangkan bapanya itu hingga sanggup memberikan wang yang sangat banyak kepada mendiang.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here