Sumber foto : The Star & Astro Awani

Meskipun dilahirkan dalam keadaan kaki dan tangannya cacat, namun itu tidak menghalang wanita ini untuk membuktikan bahawa insan penuh kekurangan seperti dirinya juga mampu menempa kejayaan dan menjadi inspirasi kepada ramai pihak di luar sana.

lidah
Nursamawati Mahmud

Nursamawati Mahmud, 33 tahun, telah banyak membantu keluarganya berjaya dalam perniagaan kicap dan cili sos di bawah jenama ‘Mahmudah’. Walaupun tidak boleh menggunakan tangan, dia pandai mempromosikan perniagaan itu di media-media sosial seperti Facebook, Instagram dan WeChat menggunakan lidah.

Ketekunan wanita itu membuahkan hasil apabila jumlah tempahan produk mereka meningkat dengan mendadak. Sejak 2015, sebanyak 4,000 botol telah berjaya dijual setiap bulan.

Nursamawati yang lebih mesra dengan panggilan Kak Long dalam kalangan ahli keluarganya, merupakan anak yang paling sulung. Dia mengalami kecacatan fizikal iaitu kaki dan tangan sejak usianya baru mencecah 1 tahun, membuatkannya sukar untuk bergerak dan dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapanya.

lidah

Kak Long turut mengakui, “Pada mulanya sukar untuk melakukan semua itu menggunakan lidah, namun lama kelamaan saya sudah boleh membiasakan diri. Saya juga mampu menaip dengan cepat dan memuat naik gambar-gambar kicap dan sos cili untuk menerima tempahan secara online.”

Tambah ibunya, Kak Long tidak mendapat pendidikan yang sempurna semenjak kecil namun adik-beradiknya sentiasa meminta pertolongan daripadanya untuk menyiapkan kerja rumah. Kak Long rajin membaca buku pelajaran adik-adiknya sehingga dia khatam dan faham.

lidah

Semoga kisah kegigihan insan kelainan upaya Kak Long ini menjadi inspirasi dan teladan kepada kita semua. Sedangkan dia yang cacat kaki dan tangan pun begitu cekal mahu berusaha bersungguh-sungguh, apa alasan kita yang cukup sifat ini untuk mudah mengeluh menghadapi cabaran hidup.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here