Timbalan Menteri United Malays National Organisation (UMNO) Datuk Seri Mohamad Hassan mengumumkan keluar dari parti baru-baru ini. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya buat ahli serta anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri Sabah termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor. Beliau telah pun keluar dari parti pada Rabu lalu dan turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang pernah disumbangkan oleh UMNO.

Bersama barisan pemimpin UMNO. Sumber foto:suaraperak.com

UMNO juga menghormati keputusan Datuk Seri Hassan Mohamad Noor selepas ahli yang lain sebelum ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang keluar daripada parti UMNO. Beliau sebelum ini kesal dengan tindakan kedua orang terpenting dalam UMNO kini juga mengundur diri. Beliau turut beharap agar UMNO dan orang ramai berlapang dada dan dapat menerima keputusannya.

BACA JUGA :   Cubaan Untuk Melumpuhkan UMNO, Zahid Dakwa SPRM Beku Akaun UMNO

Beliau turut mengulas masih setia bersama UMNO dan keluar dari UMNO bersifat sukarela dan bukan paksaan dari mana-mana pihak. Sedikit maklumat mengenai beliau, Datuk Seri Mohamad Hassan dilahirkan di Rembau. Merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan pada Mac 2004 sehingga Mei 2018. Perlantikan semula beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 menandakan penggal ketiga jawatannya sepanjang dalam berkarier sebagai ahli politik. Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan residen UMNO bermula 30 Jun lalu.

Datuk Seri Mohamad Hassan pada PRU14 lalu bersama isteri. Sumber foto: Facebook.

Ahli politik berusia 62 tahun ini telah menyumbangkan pelbagai sumbangan dari segi mental dan fizikal dalam memastikan Negeri Sembilan maju seiring negari lain. Datuk Seri Mohamad Hassan sebelum ini kalah dalam kerusi yang disandang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu. Beliau turut berucap agar kerjasama antara pemimpin Semenanjung dan pemimpin dari Sabah dan Sarawak diteruskan.

BACA JUGA :   Pas Dan Umno Bakal Bersatu? Realiti atau Fantasi.
Seorang pemimpin yang disegani oleh rakyat Negeri Sembilan. Sumber foto:Utusan Online

Rabu lalu menyaksikan seramai sembilan ADUN dan dua senator mengumumkan keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Mereka juga turut menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here