Akibat tidak tahu menjaga adab ketika menggunakan media sosial dengan meninggalkan komen yang tidak sensitif, seorang kakitangan syarikat pengedar kereta jenama terkenal dunia Honda bertindak untuk mengenakan tindakan ke atas kakitangannya itu.

Kakitangan yang dikenali sebagai Caryn Yean itu telah meninggalkan komen yang tidak sensitif di laman sosial Facebook berhubung kematian ahli bomba, Allahyarham Muhammad Adib malam semalam yang telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat.

“Bkn kerajaan gagal… tuhan u yg gagal xembuhkan adib…”

Di sebabkan kebiadapan komen yang tidak sensitif yang telah dilakukan itu, Syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn.Bhd. Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur telah tampil bagi memohon maaf atas kesalahan pekerja mereka kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

BACA JUGA :   SUSPEK KES MUHAMMAD ADIB AKAN DIDEDAH

Wong Chee Keong selaku pengarah syarikat itu menjelaskan di laman sosial miliknya bahawa kakitangan mereka yang mengeluarkan komen tidak sensitif itu telah pun digantung perkhidmatannya bagi membolehkan pengurusan syarikat untuk menjalankan siasatan dalaman dan tindakan tegas akan diambil ke atas Caryn.

“Kami juga akan mengambil tindakan yang setegas mungkin,

“Honda Malaysia memohon maaf atas komen yang tidak peka dan tidak sewajarnya oleh (wanita) yang bekerja di pusat edaran kami mengenai kematian menyayat hati anggota bomba yang berani, Adib.

“Komennya bercanggah dengan nilai-nilai Honda dan kami tidak menerima tingkah laku ini. Kami ingin menegaskan pendirian Honda untuk menghormati semua orang dan individu,” kata Wong Chee Keong menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial miliknya.

BACA JUGA :   Muhammad Adib Dikebumikan Selepas Zuhur

Komen yang ditinggalkan oleh kakitangan yang tidak bertanggungjawab itu telah mendapat perlbagai reaksi daripada netizen dan menggesa supaya tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh pihak Honda Malaysia.

Muhammad Adib telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9:41 malam Selasa  selepas mengalami kecederaan parah yang dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya ketika menyertai operasi memadamkan kebakaran di hadapan kuil itu pada 27 November yang lalu.

Kes Allahyarham Muhammad Adib kini telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here