Semalam telah bermula sudah larangan merokok di setiap premis makanan. Berikut antara usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan menjelang tahun 2019. Kesihatan amatlah penting dalam kehidupan setiap manusia. Bermula 1 Januari, dapat dilihat semua premis makanan mula melekatkan larangan merokok di setiap bahagian.

Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan larangan merokok kini akan diperluaskan lagi ke kawasan tertentu. Antara premis perniagaan yang dimaksudkan adalah kedai dobi. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly berkata, premis-premis seperti ini turut melibatkan perokok pasif.

Asap rokok sememangnya membahayakan kesihatan sama ada kepada penghisap dan penghidu. Penghidu asap rokok besar kemungkinan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang bahaya dan seterusnya boleh membawa maut.

BACA JUGA :   BERHENTI ROKOK JIKA INGIN HIDUP SIHAT

Sumber dari Bernama, “dobi juga adalah tempat yang ada orang merokok dan mendedahkan asap rokok pasif kepada anak-anak di situ. Kami akan menambah premis larangan merokok dari masa ke semasa”, ulas beliau ketika membuat tinjauan dalam program “Walkabout” promosi tempat makan sebagai awasan larangan merokok.

Turut mengulas bahawa larangan merokok di premis makanan sebagai salah satu usaha untuk mendidik rakyat supaya mematuhi larangan merokok. Ini antara salah satu cara sebelum ianya dikuatkuasakan sepenuhnya kelak.

Ujarnya juga, tempoh kompaun akan mula diperkenalkan dalam tempoh enam bulan dan turut berharap agar larangan ini dapat dipraktikkan oleh rakyat sepenuhnya kelak. Ini antara salah satu langkah bagi memastikan rakyat tempatan mengambil kira mengenai isu kesihatan mereka.

BACA JUGA :   Selangor Kuat Kuasa Larangan Hisap Rokok & Vape!

Selepas memperkenalkan larangan merokok, seramai 5,008 orang penguatkuasa daripada Kementerian Kesihatan dikerah untuk melakukan tinjauan di seluruh negara bermula hari ini. Larangan ini termasuklah di premis perniagaan berhawa dingin, warung konsep terbuka dan juga restoran bertutup.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here