“Pelajar 10A spm terjun dari tingkat 14”, “Penyanyi terkenal dunia bunuh diri”, “cekik anak sehingga mati sebelum gantung diri”.
Apakah tekanan yang mereka hadapi sehingga mereka nekad tak mahu hidup lagi? Adakah dengan kematian dapat menyelesaikan semua masalah?
Stres merupakan suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang yang disebabkan oleh sesuatu bebanan atau tekanan yang menimpanya.
Tekanan yang dihadapi oleh seseorang boleh didatangkan dengan bentuk ancaman, cabaran atau perkara yang tak dapat ditanggung.
Mari kita kenali tanda-tanda stres
- Selera makan menurun
- Mood sentiasa berubah-ubah
- Pening kepala berpanjangan
- Tidak boleh fokus dalam melakukan sesuatu kerja
- Rasa tidak dihargai
- Sukar tidur
- Sakit dada
- Mudah lupa
- Loya
- Sentiasa rasa susah hati/bimbang
Stress/tekanan sememangnya merupakan fitrah bagi setiap manusia, cuma atas diri masing-masing sahaja menpunyai cara tersendiri mengawal tekanan tersebut. Disini saya kongsikan 5 langkah untuk menangani stress/tekanan.
1. Bersenam
Kajian sains membuktikan dengan bersenam dapat mengurangkan tekanan malah dapat mengurangkan 30 peratus risiko penyakit kronik.
Bersenam juga mampu mengeluarkan toksik dari badan melalui peluh, sambil untuk mengurangkan tekanan anda juga dapat bentuk badan yang ideal.
Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda untuk amalkan kegiatan bersenam , sebaik-baiknya 3 kali seminggu.
2. Tidur yang mencukupi.
Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan perlulah mempunyai tidur yang cukup pada setiap hari. Seelok-eloknya, tidur selama 8 jam sehari.
Kita akan lebih segar jika mempunyai tidur yang cukup dan dapat mengekalkan emosi yang baik.
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ sendiri ada menyebut tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Tujuan ini adalah untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
3. Berhenti “OVERTHINKING”!
Sebaik sahaja sesuatu timbul dalam fikiran anda, pasti anda akan fikir sesuatu yang bukan-bukan dan menyebabkan anda mendapat tekanan.
Maka, berhentilah overthinking kerana ia cuma memusnahkan diri anda.
Ketika hendak rasa overthinking cuba alihkan dengan melakukan perkara yang buat anda rasa tenang. Contoh nya dengar lagu, berbual dengan rakan,keluarga, tukarkan air kopi kepada air teh kerana pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stress.
4. Belajar untuk tenang.
Ketika menghadapi tekanan cuba untuk tenangkan diri, tarik nafas sehingga rasa tenang dan aman.
Bagi yang beragama islam boleh tenangkan diri dengan perbanyakkan membaca berzikir, Al-quran.
Kajian saintis menyatakan bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan sehingga 97% dalam menangani ketenangan jiwa.
5. Berkongsi masalah
Apabila berkongsi masalah kita seolah-olah melepaskan sedikit tekanan atau bebanan yang ditanggung selama ini.
Tapi kita perlulah mencari orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan agar tidak menjadi masalah pada masa hadapan. Contohnya seperti keluarga terdekat atau kawan rapat.
Setiap individu pasti tidak akan terlepas daripada tekanan, semakin tinggi keimanan semakin besar ujian yang diberikan. Jadi kita perlulah bijak dalam menangani masalah dan sentiasa bersabar dalam mengharungi ujian dan tekanan dalam kehidupan. Oleh yang demikian, kita perlulah kembali kepada agama apabila menghadapi masalah agar tidak terfikir untuk melakukan perkara yang dilaknat oleh Allah.