Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata pihak berkuasa akan menyimpan segala rekod jenayah para pelajar bagi tujuan membanteras kes jenayah di sekolah yang semakin meningkat.

Jelasnya, itu merupakan inisiatif baru untuk mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Bukan itu sahaja, pelajar yang direman dan dimasukkan ke dalam lokap kerana terbabit kesalahan jenayah berat perlu bersedia berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan pada masa depan.

jenayah
Datuk Seri Mohmad Salleh

“Sebelum ini, pelajar yang terbabit dengan kes seperti buli hanya akan ditahan dan diambil keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis”

“Namun, akibat masalah buli yang berlaku setiap hari di seluruh negara, kita mengambil tindakan tegas ini supaya ia dapat dicegah secara keseluruhannya”.

jenayah

Katanya, antara jenayah yang semakin membimbangkan membabitkan kalangan pelajar termasuklah kes buli, dadah dan menunggang motosikal tanpa lesen. Mereka yang ditangkap dan disabitkan kesalahan di mahkamah, rekod mereka akan dimasukkan ke dalam sistem mengikut Akta Pendaftaran Rekod Jenayah.

jenayah

Sama ada mereka berstatus pelajar, remaja mahupun orang dewasa, rekod ini akan disimpan dalam sistem rekod polis untuk tempoh 99 tahun.

“Oleh itu, ia memberi kesan yang sangat buruk kepada pelajar yang mempunyai rekod jenayah ini terutama apabila mereka keluar daripada sekolah dan ingin memohon pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, hanya sebilangan kecil sahaja pelajar terbabit dengan kes buli, namun ia berlaku setiap hari di sekolah seluruh negara.

jenayah

“Masalah dadah dalam kalangan pelajar juga semakin mencabar kerana bahan terlarang itu kini mudah diperoleh dan digunakan kerana ia datang dalam bentuk di luar syak wasangka masyarakat sekitar. Malah, pil kuda menjadi bahan popular dalam kalangan pelajar masa kini dan hal ini amat membimbangkan kita”.

“Oleh itu, pihak sekolah diminta supaya lebih bersikap terbuka dan tidak menyembunyikan kesalahan jenayah yang berlaku di sekolah masing-masing,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here