Baru-baru ini kejadian tidak disangkakan berlaku di sebuah Hospital Amal BYL Nair yang meragut nyawa seorang peneman kepada pesakit. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa membawa tabung oksigen untuk kegunaan pesakit pada ketika itu.

 

Mangsa terbabit dikenali sebagai Rajesh Maru, berusia 32 tahun, dan kejadian berlaku di bilik pengimbasan.

Pesakit ketika itu sedang berjalan membawa tabung oksigen yang diperlukan pesakit, tanpa disangka kekuatan magnet mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) telah menyebabkan mangsa maut disedut MRI bersama tabung oksigen tersebut.

Maut disedut MRI
gambar hiasan

Apabila disedut mesin MRI tangan mangsa sempat ditarik pada ketika itu kerana tersangkut di antara pengimbas dan tabung oksigen selain tersedut cecair oksigen disebabkan oleh kebocoran pada tabung tersebut.

Diketahui oleh keluarga mangsa dan keluarga menyifatkan bahawa ia adalah berpunca daripada kecuaian sikap kakitangan hospital yang terletak di Mumbai itu. hal ini kerena pihak hospital meminta Maru untuk membawa tabung berkenaan masuk ke bilik pengimbasan.

“Saya bersama beberapa orang kakitangan wad yang lain berjaya menariknya tetapi jarinya mengalami kecederaan parah. Setelah berjaya ditarik mangsa ketika itu sudah tidak sedarkan diri dan kami segera menghantarnya ke pusat trauma tetapi gagal diselamatkan,” kata Harish Solanki, abang ipar mangsa kepada media tempatan. Kejadian berlaku pada Sabtu.

Maut disedut MRI
gambar hiasan

Sebelum menjalani proses MRI kakitangan hospital akan memastikan pesakit bebas dari sebarang bentuk objek logam seperti barangan kemas, tali pinggang, dan duit syiling.

Pada ketika itu juga, pesakit telah dipastikan dengan teliti supaya tidak ada sebarang objek terlarang bersamanya sebelum proses MRI dilakukan.

Tambah Solanki lagi, menurut kakitangan Hospital Amal BYL Nair pesakit ketika itu memerlukan bantuan oksigen.

Rajesh Maru, 32, menemani saudaranya untuk datang ke hospital pada hari Sabtu yang dijadualkan akan menjalani ujian di bilik MRI apabila kemalangan berlaku.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : malaysiandigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here