Piggy bank with young man worrying in background

Perbelanjaan yang tinggi pada zaman kini membuatkan ramai pelajar berlumba-lumba mencari kerja sampingan. Pernah tertanya atau terfikir tidak cara untuk  menjana pendapatan sebagai pelajar? hidup sebagai seorang pelajar ni susah sebenarnya kan?

Walaupun mendapat pinjaman daripada PTPTN atau MARA namun masih tak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seharian. Hidup sebagai seorang pelajar memang banyak menggunakan duit, nak “print” kertas kerja, nak kena beli buku rujukan, prop dan macam-macam lagi.

Sekarang ramai pelajar yang berusaha untuk mencari duit poket demi menampung perbelanjaan seharian.

Disini saya nak kongsikan pekerjaan yang boleh menjana pendapatan pelajar.

MEMBUAT “GRAB”

Bagi pelajar yang mempunyai kereta boleh lah membuat grab bila waktu “free” dari duduk hostel layan PUBG saja. Bagi yang tak mempunyai kereta pula boleh menggunakan motor. Tak perlu jauh-jauh cukup dengan rakan-rakan satu universiti. Itu pun sudah boleh mencapai untung.

BACA JUGA :   Ayuh Sambung Belajar Di Universiti Luar Negara Terpilih Bersama Daulah Educonsult

JUAL MAKANAN/KEREPEK/KEK

Ini bagi siapa yang rajin, tapi kalau nak cari duit lebih perlulah rajin kan. Jika ada modal lebih buat lah kerepek ataupun kek cawan dan jual di kafe kolej atau sebarkan kepada rakan-rakan melalui media sosial. Jangan bagi alasan tak pandai masak pula, sekarang nak cari resepi semuanya di hujung jari sahaja.

BERCUCUK TANAM

Bagi yang tinggal di kawasan perumahan atas tanah boleh belajar untuk bercucuk tanam. Bila sudah ada hasil maka boleh di jual di pasar. Selain itu boleh juga digunakan hasil cucuk tanam itu untuk dimasak jadi tak perlu habiskan duit belanja makan di luar.

SERVIS KEMAHIRAN

Bagi pelajar yang mempunyai kemahiran, gunakanlah kemahiran itu sebagai satu punca matawang kepada diri anda. Contohnya seperti gunting rambut, “edit” video atau gambar, jadi model, penyanyi, baiki kereta/motor dan sebagai nya.

BACA JUGA :   Nak dapat markah tinggi dalam exam ? ini tips untuk mudah menghafal pelajaran

“HOME TUTOR”

Membuat tutor ini sebenarnya sesuai untuk pelajar yang baru sahaja melanjutkan pelajaran di Universiti, terutamanya untuk pelajar yang baru sahaja masuk semester 1. Mungkin ada di antara anda masih ingat subjek yang belajar masa zaman SPM dulu. Atau ada juga yang masih ingat subjek-subjek PMR. Jadi, apa kata anda semua buat servis tutor untuk pelajar yang akan mengambil SPM atau PMR. Jadi, jangan sia-sia kan kepandaian anda dengan perkara tidak memanfaatkan. Buatlah “freelance” sebagai guru tutor dan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjana pendapatan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here