Motosikal Untuk Aktiviti Lasak. Lebih Bergaya dan Maskulin.

0
1288

Motosikal jenama KTM sememangnya terkenal dengan imej lasak dan ranggi. Keluaran kali ini pasti membuatkan penunggangnya berpuas hati.

Selaku pengedar utama  jenama Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd telah memperkenalkan beberapa  barisan model yang terbaru. Pasaran untuk tahun 2019 lebih menarik dan berkualiti tinggi sesuai dengan mereka yang gemar akan aktiviti lasak.

H2fpuptd o

Jun Chia yang juga merupakan merupakan Pengurus Pemasarannya model yang dikeluarkan bukan sahaja ada penambah baikkan pada nilai aksesori. Malahan memberi harga yang kompetetif untuk memberi lebih peluang kepada pembeli baru untuk memilikinya.

Jentera kali ini lebih gah dengan menawarkan ketangkasan enjin serta tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai kegunaan. Reka bentuk yang menarik dan agresif pasti berjaya menarik ramai pembeli yang gemar dengan aktiviti motocross.

BACA JUGA :   Sikap Berani Mati Seorang Wanita - Lagi Kejadian Lawan Arus

Hinqcnv0 o

Salah satu model KTM yang paling laris terjual iaitu sebanyak 2 000 unit pada tahun lalu. Model Duke 200 berharga RM11 888. Golongan muda antara yang paling meminat dengan model ini. Ia akan dinaiktarafkan daripada motosikal moped ke motosikal berkuasa lebih tinggi.

Model baru ini diberi sentuhan corak dengan grafik terkini serta penambahbaikan pada prestasi enjin. Namun, masih mengekalkan enjin 200cc sejak 2012 lagi. Sebagai model yang paling laris sudah pasti jenama ini akan terus berjaya dijual.

Clwwa5lh o

Pihak KTM juga mengeluarkan model KTM 1050 Adventure terbaru sebagai jentera dwi-kegunaan prestasi yang lebih maskulin. Model 1050cc ini telah memasuki pasaran tempatan sekitar 2015. Model ini di import sepenuhnya (CBU) sebelum model pemasangan tempatan.

BACA JUGA :   Masa Kerja Adalah Fleksibel Jika Menjadi Safer Delivery Partner Atau Driver!

Selain itu, KTM 1050 adventure mempunyai tiga mod tunggangan iaitu Street, Sport dan Rain. Lebih menarik dengan kehadiran Sembilan aksesori tulen PowerParts KTM. Antaranya ialah set peti, Kit Floating Case Carrier, peredam besi, fork hadapan, kit Blinker LED, Cermin sisi besi pelindung enjin, dan set perekat rim.

Jycieyk8 oKTM 1050 Adventure dijual pada harga RM68 888 untuk standard manakala Special Edition serta edisi Rimba Champ pada harga 74 888. Motosikal KTM ini mempunyai tempoh dua tahan waranti pengeluar tanpa had ditawarkan.

Yang lebih baik mempunyai 40 pusat jualan dan servis KTM bagi alat ganti PowerParts dan PowerWear.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here