Kebelakangan ini, para doula di Malaysia banyak menerima tempias kritikan akibat kes bersalin yang berakhir dengan tragedi kes bersalin.

Kes ini dikatakan bahawa seorang doula, atau peneman kelahiran ini terlibat dalam proses bersalin seorang ibu di mana ia berlaku di rumah sendiri. Apa yang lebih mengkeruhkan keadaan, keadaan posisi bayi tersebut songsang.

Akibatnya, bayi tersebut lemas dan gagal diselamatkan walaupun telah dikejarkan ke hospital.

Kes seperti ini bukanlah kali pertama terjadi. Kes bersalin di rumah yang ditemani doula ini telah banyak berlaku sebelum ini.

Apa Itu Doula?

‘Doula’ berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ‘hamba wanita’.

Golongan ini telah pun wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberikan pengalaman positif kepada para ibu hamil dan bakal bersalin.

Peranan Doula

Menurut American Pregnancy Organization, doula merupakan pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:

  • Emosi
  • Pendidikan (ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)
  • Fizikal (secara sentuhan seperti urutan

Sokongan seperti ini diberikan kepada ibu hamil, bakal bersalin atau setelah bersalin.

Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

Jenis-jenis Doula di Malaysia

Secara asasnya, terdapat 3 jenis doula iaitu doula antepartum, doula labour, dan doula postpartum (WebMD).

BACA JUGA :   Tahnik Bayi. Nak Buat Gaya Glamour Ala Artis Atau Ikut Agama?

Doula antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung. Manakala, doula labour pula mereka berada di sisi ibu ketika bersalin.

 

Seorang doktor berkongsi tentang isu doula di Malaysia:

“Hospital kerajaan tidak membenarkan orang lain masuk ke bilik bersalin. Malah, sesetengah polisi hospital swasta di Malaysia juga tidak membenarkannya.”

Doula postpartum pula akan berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuaan. Malah ada juga doula postpartum yang membantu dari segi penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.

 

Doula dianggap sebagai sokongan tambahan untuk si ibu.

Perbezaan Antara Doula dan Bidan

Doula dan bidan atau midwife ni ada bezanya. Menurut Healthline.com, bidan adalah seorang ahli medikal terlatih dan profesional yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.

Manakala doula pula hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu untuk memberi panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Fakta Lain Tentang Doula yang Perlu Ibu Ketahui

Para ibu bapa di luar sana perlu mengetahui tentang beberapa perkara supaya tiada lagi salah faham dan tragedi kes bersalin.

BACA JUGA :   Dapatkan Safer Concierge Untuk Menemani Anda Sepanjang Perjalanan

Jom ketahui fakta penting mengenai doula!

  1. Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil, terutamanya tentang hal obstetrik.
  2. Doula sama sekali tidak menggantikan tugasan jururawat, doktor, dan doktor pakar.
  3. Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi TIDAK BOLEH MENETAPKAN cara bersalin bagi pihak ibu.
  4. Doula boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan penasihat ibu (di samping doktor, jururawat dan bidan), tetapi bukan sebagai penasihat perubatan utama yang tunggal.
  5. Doula sepatutnya tidak menangani kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.

Semoga dengan pengkongsian mengenai doula di Malaysia, ibu bapa boleh lebih memahami dengan lebih mendalam tentang khidmatnya.

Dapatkan nasihat dan pemantauan dari doktor kerana mereka lebih berilmu dan berpengalaman dalam hal obstetrik.

 

Doula sememangnya membantu dari segi menambahkan ilmu tentang proses kehamilan dan cara bersalin dengan betul. Namun, tugas mereka lebih kepada menasihati, menemani dan membantu dari tepi sahaja. Tidak lebih dari itu.

Sesungguhnya nyawa bayi sangatlah berharga dan kita sebagai ibu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa mereka demi keinginan diri.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here