Wawancara Datuk Seri Najib Razak bersama Mary Ann Jolley dari saluran Al-Jazeera telah dianugerahkan ‘Interview of the Year’ pada Anugerah Persatuan Televisyen Royal yang berprestij di London.

Juri dari Royal Television Society berkata, wawancara yang bertajuk Najib Speaks – 101 East itu berpendapat bahawa wawancara bersama Najib itu mempamerkan contoh ‘keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaan yang tidak dapat dilihat.’

Katanya, walaupun ceritanya memberi tumpuan kepada isu yang sedikit diketahui sebelum wawancara, ini tidak mengurangkan kemampuan penonton untuk memahami apa yang dilakukan oleh orang yang diwawancara.

Malah juri turut berpendapat bahawa pendekatan yang diguna oleh penemubual adalah menarik, pengetahuannya sangat tinggi dan keupayaannya untuk menggabungkan kesemuanya agak luar biasa.

BACA JUGA :   Dokumentari Al-Jazeera Bikin Rakyat Malaysia Panas Hati

Dalam wawancara tersebut, DS Najib yang terkenal dengan jolokan ‘Malu apa bossku’, telah menimbulkan kontroversi apabila bertindak keluar ketika siaran selepas didesak dengan pelbagai soalan ‘panas’ yang ditanya oleh Mary Ann Jolley, selaku penemubual.

Dalam temubual tersebut, beliau telah meminta Jolley mengemukakan soalan berkaitan ekonomi negara tetapi dia melakukan sebaliknya. Najib kemudiannya bertindak berdiri dan meminta untuk keluar dalam keadaan marah.

Dia kemudiannya duduk semula tetapi apabila berterusan diajukan soalan lain, beliau akhirnya bertindak untuk terus keluar daripada wawancara berkenaan. Namun, dia telah meminta maaf kerana gagal mengawal emosi dan akan menerima sebarang permintaan daripada Al-Jazeera untuk temubual lain.

 

BACA JUGA :   ‘Live-Streaming’ Perbicaraan Kes Najib?

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here