Bibir adalah sebahagian pelengkap yang penting dalam penampilan diri. Namun, tidak ramai yang memberikan perhatian kepada penjagaan bibir yang diperlukan. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada bibir kering ini.

Dehidrasi

Dehidrasi merupakan salah satu faktor bibir kering. Sekiranya anda tidak minum air mengikut kadar yang disyorkan dalam sehari, bibir anda akan terjejas. Ia senang terluka dan menjadi kering.

Menjilat bibir

Kebiasaan orang suka melakukan perkara ini tanpa sedar dan kadangkala ia menjadi tabiat. Ada juga yang menyangka bahawa air liur boleh melembapkan bibir.

Bibir tidak mengandungi dan tidak menghasilkan lapisan minyak semula jadi yang tebal seperti kulit, maka ia cenderung untuk jadi lebih kering selepas air liur tersejat.

Pelindung matahari

Anda perlu memberi perlindungan pada badan dan bibir anda apabila anda ke pantai atau keluar pada musim panas. Memakai pelindung muka adalah menjadi kebiasaan, tetapi anda juga patut menggunakan pelembap bibir yang mengandungi SPF kerana ia mempunyai kesan kelempabapan yang lebih efektif.

BACA JUGA :   Kenali Lebih Mendalam Tentang Perubatan di Mymensingh Medical College

Selain musim panas, anda juga patut memakai pelembap bibir pada musim sejuk. Ini kerana cuaca sejuk dan angin di luar membuatkan bibir anda merekah.

Ubat

Sesetengah jenis ubat seperti Accutane, propranolol atau prochlorperzazzine boleh membuatkan bibir anda pecah. Dapatkan nasihat atau pandangan doktor tentang kesan sampingan yang mungkin berlaku sebelum mengambil ubat-ubatan.

Vitamin

Tahukah anda, vitamin memainkan peranan penting dalam kesihatan bibir anda? Kekurangan beberapa vitamin dan penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa kesan pada bibir anda.

Vitamin B-3 boleh mengekalkan kelembapan bibir manakala vitamin B-12 membantu proses penyembuhan. Zink menggalakkan pertumbuhan sel dan vitamin A membantu penghasilan minyak semula jadi pada bibir. Jadi, jangan lupa makan secukupnya untuk dapatkan vitamin yang cukup dan jangan berlebihan.

BACA JUGA :   Khasiat Super Minyak Tea Tree Untuk Kecantikan Wajah!

Rawatan

Terdapat banyak penyelesaian yang ada untuk menyembuhkan dan melindungi bibir anda. Pertama kali, cara yang paling mudah dan tradisional adalah minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Jangan lupa membawa dan memakai pelembap bibir SPF sepanjang masa, serta tambah lebih sayur-sayuran dalam diet pemakanan anda untuk mendapatkan khasiatnya.

Paling penting, buang tabiat buruk menjilat, menggigit atau mengunyah bibir anda! Pasti bibir anda lebih cantik dan mungil.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here